Saturday, March 29, 2008

Catatan Perjalanan Ke Singapura - Part 1

Singapura 1 - Sebelum Musafir
















Singapura 2 - Hotel Far East

















Singapura 3 - Muhammadiyah welfare Home
















Assalamualaikum wbt….

Destinasi Perjalanan Dakwah : Singapura
Tarikh : 21-23 Mac 2008 – Jumaat-Ahad
Catatan Perjalanan Dakwah : 1. Dr Harlina Halizah Siraj, 2. Ukht Rosmawati Zainal
3. Ukht Mas Ahmah Jonid, 4. Akhi Khalil , 5. Ibrahim Khalil (Along), 6. Mawaddah Khalil (Adik)

1. Bermulanya Disini
Semuanya bermula apabila KW yang kita kasihi, Dr Harlina mendapat jemputan ke Singapura. Beliau telah diundang oleh Persatuan Muhammadiyah Singapura untuk memberikan ceramah. Tajuk yang diberikan kepada beliau ialah “Kepentingan Keluarga dan Masyarakat Menangani Penyakit Barah” , di Masjid Sultan, Singapura.

Kesempatan yang ada ini telah digunakan oleh Kak Har dengan melibatkan Kak Ros (Pengarah RS), Kak Mas Ahmad (JKPW-Dana) dan SUK untuk turut serta. Tujuannya ialah untuk mengeratkan silaturahim antara WJIM dengan Persatuan Muhammadiyah khususnya jawatankuasa Wanitanya. Seterusnya membina networking dengan NGO islam yang lain.

2. Perjalanan Yang Meriah Dan Ceria
Perjalanan yang dimulakan lebih kurang jam 9.30 malam dan tiba dihotel, Singapura lebih kurang jam 4.00 pagi itu memang meriah dan ceria. Jzkk kepada keluarga akhi Khalil, Kak Mas Ahmah serta Along (Ibrahim) dan Adik (Mawaddah) yang menyediakan kemudahan pengangkutan untuk kami bermusafir ke Singapura selama 3 hari. Memang kami amat menghargai kesabaran akhi Khalil yang memandu pergi dan balik dan memastikan kami selamat pergi dan kembali.

Walaupun perjalanan panjang dan mata masing-masing mulai mengantuk. Namun macam-macam cerita dan gurau senda sesama kami menjadikan perjalanan ini menyeronokkan. AlhamdulilLah

3. Alamak Good Friday La Kat Singapura
Padanlah jammed giler! Rupanya rakyat Singapura yang balik atau datang ke Singapore sama naik dengan kami, nak masuk semula ke Singapore . Apalagi sesak dan kena berbaris panjang. Barulah perasan, rupanya hari jumaat tu ialah hari cuti untuk rakyat Singapura

4. Disambut oleh Sis Zaleha dan Sis Fadlun
Sampai ke Singapura lebih kurang jam 3.30 pagi dengan disambut oleh kedua-dua akhawat ini. Kami terus dibawa ke Far East Hotel. Kurang 30 minit kepukul 5.00 pagi barulah masing-masing dapat melelapkan mata.

...................bersambung, insyaAllah.

Jzkk,
Roha Hassan

Tuesday, March 25, 2008

Menjadi Seorang Wanita Itu

Wanita & Bunga Sering Dikaitkan

















Menjadi Sukarelawan Aceh-Tsunami
















Menjadi seorang wanita itu
bukanlah satu penghinaan
walaupun lebih biasa
dikenali sebagai perhiasan
lahir dari beberapa bahan yang mempersonakan


Memikul satu kewajipan & keikhlasan
seorang ibu, seorang isteri, seorang teman dan seorang apa saja
bergantung pada yang mencorak dan dicorak


Boleh juga seorang wanita itu menjadi hablur!
di dalam gelap berkilauan
di dalam cerah bergemerlapan
namun…….dihempas pecah, menghempaspun pecah


Boleh juga seorang wanita itu
menjadi besi waja
boleh dilentur tapi tidak patah
boleh dilebur tapi tidak luntur
dicanai dan dibentuk
namun…….tetap ia dengan ketulenannya


Ya!
Itupun kalau wanita yang lemah itu
tidak ditipu, tertipu dan menipu diri nya sendiri

apatah lagi yang bernama wanita itu
penuh dengan kecantikan
kecantikan yang tidak boleh diukur
dengan pembaris atau neraca penimbang
walaupun adakalanya ia dinilai dengan wang atau kebendaan


Jadilah wanita-wanita cantik itu patung-patung bernyawa
disentuh diam, ditendang membisu.
ataupun jadi papan tanda
menunjuk jalan ke arah jurang maksiat
ataupun jadi peta
penunjuk ke arah kebenaran

Wanita !
yang jari-jemarinya
tidak sama itu
boleh menjahit akhlak yang robek
boleh menganyam hati yang resah
boleh menyemarakkan jiwa yang lemah
boleh mencorak sehelai kain putih jadi pelbagai corak dan warna
boleh mendewasakan yang muda
juga mampu menyayangi yang tua


Wanita sebenarnya terlalu mulia
bila mana iman di dada dikilatkan sepanjang masa
taqwanya umpama permata
ilmunya mengalir ke serata dunia
malunya jadi mahkota
tegasnya jadi kota
siang jadi teladan
malam jadi ikutan
kelembutan bukan sesuatu yang melekakan


Wanita!
langkah-langkah sendiri
berhak diatur dan dihitung
di dalam lingkungan syarie


Boleh jadi maju di alaf baru
boleh jadi layu ditelan waktu
atau sepi dilingkungan adat duniawi
atau disanjung di puncak anugerah Ilahi


Bangunlah!
Bangunlah wanitaku!
bersyukurlah menjadi seorang wanita
kerna kita juga berhak mencorakkan warna zaman
tingkatkanlah nilai
gandakanlah ilmu
tegakkanlah kebenaran
sebarkanlah kebaikan
dahuluilah waktu
kita mesti mengislahkan diri dan umat!


Roha Hassan
(teristimewa buat bonda tercinta)
ditulis pada 6 Zulkaedah 1419


Tuesday, March 18, 2008

Jambangan Mawar Buat Teman


















Ketika singgah di sebuah perhentian R & R untuk kembali ke kampong. Aku ditakdirkan bertemu sahabat tercinta. Amat-amat dikasihi. Melihat pada wajahnya yang kurus dan tubuhnya yang lemah. Ada rasa empati dan bersalah dalam diriku.

Kami bersalam-salaman dan sempat bertukar beberapa khabar. Seketika kemudian masing-masing melangkah ke destinasi masing-masing. Dari kejauhan ku intai gerak langkah sahabat yang dulunya begitu akrab dengan ku. Diiringi anak dan suami, wanita itu melangkah berlalu tanpa sedar ada seorang aku sedang memerhatikan dirinya dari jauh.

Peristiwa itu buat aku jadi rindu pada teman-temanku yang. Aku memang bertuah punya teman dan sahabat yang ramai. Bila aku bayangkan bandingan diriku dengan mereka. Seolah-olah aku ini berada di satu lembah yang subur. Dikeliling ku adalah teman dan sahabat yang bagaikan bunga-bunga yang mekar dan harum. Bunga-bunga yang indah dan harum ini miliki pelbagai "warna" dan nama. K Rose, Norzira, Anfaal, K Harlina, Nazirah, K Asmah, K Mas, K Faridah, K Marhamah, Fairuz, K Roselainy, Maryam, K Endok, Azlina, K Norhayati, K Mardiana, K Fauziah, K Latifah, Murni, K Suriya, K Hafidzah, K Nani, K umi, Sila, Shea, Jannah, K Pah, K Ogy, K June, K Wan, Kak Ana, Suraya, Nisa, Reena, Kak Wani, Jud, Eee, Najah, Lin, Kak Fida'.....dan ramai lagi. Ada yang teramat dekat, ada yang sederhana rapat, ada yang jauh tapi ingat, ada yang sentiasa ada dalam hati, ada sentiasa timbul dalam ingatan.

Terlalu ramai hingga aku tidak berdaya menulis nama-nama mereka. Moga-moga, ada yang tidak terkilan kerna tidak dituliskan nama mereka diatas coretan ini. Aku bukan terlupa. Malahan sering kutitipkan mereka semua dalam doa.

Kata syaidina Umar r.a. , "Carilah sahabat yang jujur. Dengan demikian anda terpelihara daripada bahaya dan dialah tempat kembali ketika datang bencana"

Kata seorang hamba Allah, "Persahabatan adalah tanaman yang perlu dipupuk"

Kerana aku insan yang serba kekurangan. Aku kadangkala tidak sempat bertanya khabar tentangmu sahabat. Apatah lagi sering ketemu dan berkongsi cerita. Namun, harapanku, kalian tidak berkecil hati dengan kelemahan dan kealpaan ku ini.

Mohon terimalah Jambangan Mawar ini buat kalian, teman dan sahabatku. Kunamakan jambangan ini sebagai, jambangan "Mawar Ukhuwah", Ada kutitipkan ingatan dan doa pada kelopak-kelopaknya. Terimalah seikhlasnya.

Nukilan seorang teman,
Nurdinie Sufi
19 Mac 2008

Monday, March 17, 2008

Sebuah Puisi Tentang Bunga-bunga Ummah & Agama

Tegak Berdiri Dalam Kelembutan & Keayuan














Jangan Biarkan Rama-Rama Kejahilan Menghisap Madu mu



















Seorang pujangga tanpa nama
pernah berkata : "Ada bunga yang tidak menyebar bau wangi hingga saatnya ia layu"

Shakespeare pernah mengungkapkan kalimat ini: "Bunga yang indah belum tentu harum"

Sedangkan Thomas Eliot pula mengungkapkan:
"Tidak pernah hujan bunga mawar. Apabila kita menginginkan lebih banyak bunga mawar, kita perlu menanamnya".

Tidak terkecuali, ramai insan begitu kagum,
begitu tinggi memuji bunga dengan kalimahnya
Kata mereka, "Bunga adalah sesuatu yang paling indah yang pernah diciptakan Tuhan tanpa jiwa"

Sedang kita pula adalah bunga-bunga
Harapan ummah dan agama

Cantiknya bunga-bunga ummah dan agama ini
bukan pada rupa zahirnya, bentuk atau warnanya
tapi pada ketinggian akhlak dan budi pekertinya

Indah bukan pada nama
Tapi keluhuran iman dan ketaqwaannya

Berani bukan pada warna-warnanya yang garang
tapi keyakinannya yang tinggi pada janji-janji Tuhan yang Esa

Harumannya penguat jiwa-jiwa
Layunya setelah dipenghujung usaha memartabatkan agama
Bernafasnya bunga ummah dan agama kerana TuhanNya
Kemenangan yang diburunya kerana TuhanNya
Kalau gugur adalah takdir hidupnya, tetap ia kerana TuhanNya

Oh Tuhan.....
Letakkanlah aku wahai Tuhanku
Sebaris dengan bunga-bunga itu
Demi kedaulatan ummah dan Agama Mu

Aku yang hina,
Nurdinie Sufi
18 Mac 2008

Retreat WJIM Pusat 14-15 Mac 2008 - Part 2

Merenung Masa Depan Ummah













Kyusuknya Kak Har Memberikan Input











Makan Time : Zira & Dek Na












Salam....

.....sambungan dari Part (1)

5. Segar Minda - Here We Are Bersama Kak Endok dan Kak Mas Ahmah
- Fuh! Suboh masih kelam, namun JKPW dah berlumba-lumba untuk mencapai "syariah islam" menggunakan belon masing-masing. Dengan berbekalkan 3 jenis keyakinan, semua yang hadir berusaha untuk menjadi peserta pertama sampai ke garisan penamat.

6. Perkongsian Semua JKPW - Saya & Syariah . Ini antara slot yang memang membakar dan menjana kesungguhan untuk hidup dan mati dijalan Allah. Semu JKPW telah berkongsi visi dan misi masing-masing. Macam-macam warna persembahan. Ada airmata yang mengalir, ada semangat yang membara, ada gelak ketawa. Yang pasti semua JKPW memiliki kelebihan, keazaman, usaha yang berbeza-beza namun matlamatnya sama. Demi Allah dan Rasul. Demi menang atau syahid. Demi penegakan syariah islam dimuka bumi.

7. Retreat JKPW - JKPW telah diberikan kepada 4 kumpulan
untuk sama-sama membincangkan tentang bagaimana, bila dan siapa yang akan melaksanakan ketetapan bersama seperti RJIM2 khususnya bidang yang melibatkan wanita. Hasil perbincangan, insyaAllah akan dibentangkan pada mesyuarat JKPW dan KW negeri, sabtu 5 April 2008. Program bersurai jam 6.00 petang, dengan masing-masing pulang dengan semangat yang terus membara. Namun penuh sedar, beratnya amanah dan tugasan yang mesti dilaksanakan.

Sesungguhnya tiada perkara yang berlaku dalam dunia ini secara kebetulan.



Semoga segala yang dirancang dapat dilaksanakan dengan keyakinan dan keazaman yang tinggi pada Allah.


Roha Hassan
SUK

Sunday, March 16, 2008

Retreat WJIM Pusat 14-15 Mac 2008 - Part 1

Barisan Pimpinan Wanita JIM Pusat 07-09










Kasut Siapa Paling Berkilat















Sesi Perkongsian Misi & Visi












Qiyam dituruti solat berjamaah bersama









Salam....

AlhamdulilLah, lebih kurang jam 6.00 petang semalam, 15 Mac 2008 selesailah Retreat JKPW.

InsyaAllah demi penegakan syariah akan kami lakukan yang terbaik, insyaAllah. Saksikanlah aksi JKPW yang macam-macam ada didalam foto-foto dan ringkasan aktiviti berikut.

Bersama-sama ini dikongsikan beberapa pengisian menarik yang berlaku sepanjang progr am ini .

1. AGC Eco resort, Pekan batu 14, Ulu Langat adalah tempat yang menjadi pilihan JKPW untuk memikirkan katibah dan membincangkan tentang halatuju dan strategi untuk melaksanakan amanah yang diberi oleh ahli JIM melalui RJIM2. Yang menjadi sasaran ialah peranan WJIM kearah penegakan syariah. Nyanyian burung-burung kecil yang berlegar ditingkap serta pohon besar yang tegak berdiri disudut dewan menjadi saksi. Bilamana semua JKPW yang hadir berkongsi visi dan misi masing-masing.

2. Program dimulakan oleh Kak Asmah (Kak CAI) dengan tazkirah bertajuk tolong menolong dalam mencapai matlamat daei dan dakwah. Antara peringatan yang diberikan ialah sikap bertolong-tolongan kearah kebaikan adalah dituntut oleh Allah dan jelas termaktub didalam beberapa ayat Al-Quran. Selain bertolong-tolong, sebagai ahli pasukan, kita mesti saling tegur menegur untuk mengukuhkan barisan.

3. Pilihan Hatiku - Bersama Roha & Ros (R&R). Untuk slot ini, 5 soalan telah diberikan kepada semua peserta. Hasil analisanya sangat menarik! Sila rujuk lampiran kalau ingin mengetahui lebih lanjut.... . Hasil analisa tak dapat la kami kongsikan disini. Sebab best sangat!

4. Qiyam Dan solat berjamaah - Qiyam, solat & membaca mathurat secara berjamaah memang mampu merapatkan ukhuwah. Terasa seronok walaupun dapat bersama-sama sehari dua. Walaupun tidur sedikit terganggu dek suara-suara sumbang "anak tokey" dan rakan-rakan yang berkaraoke hingga jam 2.00 pagi. Spoil betul! Ingatkan dapatlah dengar suara cengkerik dan unggas malam. Rupa-rupanya yang kedengaran ialah suara-suara sumbang menyanyikan lagu-lagu Jamal Abdilah, Mawi dan sapa-sapa lagi tah.

.....Ada part 2 tau..............dalam tulisan berikutnya!


Roha Hassan
SUK

Wednesday, March 12, 2008

Mesej Untuk Yang Berhormat - PRU dan Alam










Perang Poster dan Bendera - Kena Tunggu 5 tahun Lagi!











Agaknya Berapa Tahun Bahan-bahan Ni Akan Musnah?













PRU12 - Satu PRU Yang Penuh Pengajaran


Salam...

1. Awat banyaknya bendera

"Waaaaaaaaaaa..banyaknya bendera? Ni merdeka ke anjang? Tanya anak sedara saya Danial.

"Awat depa gantung surat khabaq" ulas Danial yang baru berusia 4 tahun. Surat khabaq yang beliau maksudkan ialah poster calon-calon yang digantung. "awat ada macam-macam bendera, merah, putih, hijau macam-macam" dia yang memang banyak mulut bertanya macam-macam soalan pada saya dan adik.

Itu reaksi pertama seorang anak kecil ketika melihat perang bendera dan poster bermula. Saya dan adik melayan setiap pertanyaan sambil ketawa. Kami sempat bertanya pada anak kecil itu, "Cuba tunjuk bendera mana yang cantik". "Tu...yang cantik sangat" anak kecil yang petah itu menjawab. Bendera dari parti manakah yang dikatakan cantik itu? Jawapannya : Biarlah rahsia...:-)

2. Pilihanraya Dan Alam

Semasa mencuci mata merenung buloh-buloh yang digunakan sebagai medium menggantung bendera dan merentang poster. Saya terfikir berapa ribukah bamboo / buloh yang dipotong. Melihat segala bahan yang digunakan semasa kempen sebelum pilihanraya mengingatkan saya kepada sekeping kad yang dikirim oleh seorang teman. Peringatan tentang calon PRU dan sensitiviti mereka terhadap alam. Didalam kad itu, saya diajak berfikit tentang berapa banyak kertas, plastik, tali dan pelbagai bahan digunakan untuk PRU ini.

Pernahkah kita terfikir perasaan "alam" terhadap PR ini. Kita barangkali sangat gembira dengan keputusan PR kali ini yang sangat istimewa berbanding keputusan sebelum ini. Namun alangkah molek jika hak alam juga ditunaikan. Re-cycle lah apa yang patut dan bersihkan "bahan-bahan" yang akan mencemar alam. Masih banyak yang belum dibersihkan hingga hari ini. Barangkali masing-masing masih keletihan...:-)

3. Semoga YB Baru Yang Terpilih Mesra Alam

Semoga semua YB yang dipilih oleh rakyat dalam PRU 12 ini lebih mesra alam. Selagi lagi tahniah. Semoga pertolongan dari insan, makhluk lain, alam dan Allah sentiasa bersama kalian.

jzkk
Roha Hassan

Remaja Dan Cinta (1)


















Kyusuknya Para Remaja Ni - Bab Cinta La Katakan











Posing Maut!














Apa Itu C.I.N.T.A



















Seminar Remaja Dan Cinta


Saban hari kita dikejutkan dengan berita pembuangan bayi, remaja lari dari rumah mengikut teman lelaki atau remaja bebas membawa masuk teman lelaki atau wanita ke dalam rumah, berkucupan dan berdakapan tanpa rasa segan silu dan seribu satu macam lagi masalah yang memeningkan kepala ibu bapa.

Anak-anak remaja yang kita sayangi dan tatangi bagai minyak yang penuh, wajar mendapatkan maklumat yang betul bagaimana untuk menjaga perhubungan di antara lelaki dan perempuan.

Berikutan dengan itu, baru-baru ini sempena cuti semester Persekolahan Mac 2008, The Little Khalifah Shop bersama Wanita JIM (Pertubuhaan Jamaah Islah Malaysia) telah menganjurkan Seminar Remaja Dan Cinta.

Antara Objektif penganjuran Seminar ini ialah :

1- Memberikan pengertian cinta yang dikehendaki dalam Islam.
2- Mengetahui batasan pergaulan di antara lelaki dan perempuan menurut Islam.
3- Memberikan panduan bagaimana untuk mengelakkan diri daripada terjebak dalam percintaan sebelum berkahwin.
4- Menyedarkan remaja tentang kesan yang akan mereka hadapi sekiranya tidak menjaga perhubungan antara lelaki dan perempuan.
5- Membantu remaja merasa ‘OK’ dan bangga walaupun tidak mempunyai teman lelaki/wanita.
6- Berkongsi panduan bagaimana untuk menjaga kehormatan agar terhindar daripada gangguan seksual.
7- Membantu remaja menilai sama ada perbuatan mereka terhadap kawan berlainan jantina sebagai gangguan seksual atau tidak.
8- Memberikan tips kepada remaja agar tidak mudah terpedaya.
9- Memberi peluang kepada anak-anak untuk mengemukakan soalan-soalan mengenai isu-isu yang berkaitan.

Nurdinie Sufi
12 Mac 2008