1. Aristoteles bila bercakap tentang bahagia mengatakan, "Bahagia itu adalah kesenangan yang dicapai oleh manusia."
2. Dale Carnegie pula menyatakan, "Hati yang bahagia dapat membuat muka tersenyum dan suara jadi bersahabat".
3. Martin Luther pernah mengungkapkan bahawa, "Kebahagiaan lebih banyak menipu dari kesusahan".
4. Abraham Lincoln pula pernah berkata, "Kebanyakan orang dapat berasa bahagia apabila mahu menjernihkan fikirannya".
5. Ibnu Kaldun pernah mengungkapkan kalimat ini bila menggambarkan maksud bahagia, "Bahagia itu adalah tunduk dan patuh mengikuti garis-garis yang ditentukan Allah dan perikemanusiaan".
6. Abu Darda pula mengingatkan bahawa, "Kebahagiaan sejati adalah mengusai dunia dan bukan dikuasai dunia".
7. Joss Billings menyatakan bahawa, "Lelaki yang paling bahagia adalah yang beristerikan wanita yang baik".
Namun kepelbagaian definasi ini tetap menjurus kepada satu nilai yang sama. Setiap insan berhak mengecap bahagia.
Dakwaan ini diperkukuhkan lagi dengan pandangan Prof. Dr Hamka dalam bukunya yang bertajuk, Tasauf Moden".
Dalam membicarakan soal bahagia, Hamka mencatatkan dalam bukunya padangan berikut:
"Kalau kita perturutkan, setiap orang mempunyai kaedah tentang bahagia, sebanyak penderitaan, sebanyak pengalaman, sebanyak kekecewaan.
- Orang fakir mengatakan bahagia pada kekayaan
- Orang sakit mengatakan bahagia pada kesihatan
- Orang yang terjerumus ke lembah dosa mengatakan bahawa terhenti dari dosa itulah kebahagiaan
- Seorang yang sedang rindu dan bercinta mengatakan bertemu dengan kekasih itulah bahagia
- Seorang pemimpin rakyat berpendapat bahawa kemerdekaan dan kecerdasan umat bangsa yang dipimpinnya itulah bahagia.
- Seorang perawan dusun bernama Asma binti Bahdad, yang dikahwini oleh Muawiyah bin Abi Sufyan, berkeyakinan bahawa bahagia itu adalah kembali kedusunnya, di dalam pondoknya yang buruk, walaupun sekarang dia dalam istana yang indah.
- Seorang pengarang syair merasa bahagia jika syairnya jadi hafalan orang.
- Seorang wartawan merasa bahagia jika surat khabarnya dan tulisannya difahami orang."
Begitupun betapa manusia tu berbeda keinginan bahagianya, Imam al-Ghazali mengungkapkan kalimah berikut dalam memberikan jaminan kebahagian sejati kepada manusia. Insan yang mulia itu mengungkapkan bahawa, "Bahagia dan kelazatan sejati, ialah bilamana dapat mengingat Allah".
-Nurdinie Sufi at http://j0mlepak.blogspot.com/ -
No comments:
Post a Comment