- Setiap insan pasti diuji. Ketika diuji bagaimanakah reaksi kita?Ujian kadangkala bagaikan gerhana dalam kehidupan. Cahaya dan sinaran tiba-tiba diselubungi kegelapan. Ada yang kehilangan sesuatu yang disayangi samada ibubapa, keluarga, suami/isteri, anak-anak, harta benda, pekerjaan dan apa sahaja yang kita rasakan milik kita.
- Ada pula yang melalui gerhana kesihatan, pekerjaan, pelajaran, kehidupan bukan dalam bentuk kehilangan tapi kemudaratan.
- Apapun situasi yang kita hadapi, gerhana kehidupan adalah sesuatu yang kita kategorikan sebagai keadaan yang kelam dan gelap.
- Setiap insan pasti pernah melalui gerhana kehidupan. Cuma tahap kegerhanaannya yang berbeza-beza. Namun yang paling penting bagaimanakah kita menghadapi gerhana tersebut.
- Tipsnya ada banyak dalam ayat-ayat al-Quran dan hadis. Antaranya;
- Tips yang Seterusnya boleh pula diperolehi Melalui "Kejadian Alam Itu Sendiri"
Saya mendapat maklumat berikut : "Pada hari Jumaat, 15hb Jan 2010 nanti, sebuah lagi kejadian gerhana matahari akan berlaku. Kali ini, ia merupakan Gerhana Matahari Cincin yang akan dapat dilihat disepanjang laluan sejauh 300km yang merentasi benua Afrika, kemudian melalui Lautan Hindi di mana gerhana akan berada pada fasa paling lama iaitu 11 m 8 saat.
Kemudian ia akan meneruskan laluannya ke India, Bangladesh, Burma dan berakhir di China.Di Malaysia, hanya Gerhana Matahari Separa sahaja dapat dilihat pada tarikh tersebut.
Kiraan waktu gerhana dari lokasi bandar-bandar utama di malaysia adalah seperti berikut:
Kuala Lumpur
Fasa Sentuhan Pertama (Mula Gerhana): 3:01 PM
Fasa Maksimum (41% 28.6% Matahari Tertutup):4:26 PM
Fasa Sentuhan Terakhir (Tamat Gerhana): 5:38 PM "
Apabila menatap kejadian Gerhana Matahari atau bulan, bandingkalah dengan gerhana dalam kehidupan yang telah dan sedang kita lalui, kita akan mendapati :
- Gerhana Bulan dan Matahari adalah fenomena alam yang tidak dapat dielakkan. Begitu jua gerhana kehidupan, ia pasti berlaku kerana setiap gerhana kehidupan akan membawa sinar yang terang bagi insan yang menerimanya dengan tabah dan sabar. Ia mendewasa dan mematangkan insan.
- Gerhana Bulan dan Matahari hanya berlaku sekali sekala bukan sepanjang hari atau sepanjang tahun. Begitu jua gerhana kehidupan, bukan berlaku sepanjang masa! Hanya tiba sekali sekala bagi mengingatkan kita bila terlalai serta tanda kasih sayang Allah yang diterjemahkan dalam bentuk ujian dan kegerhanaan.
- Gerhana Bulan dan Matahari akan berlalu dan alam pasti cerah kembali. Begitu jua gerhana kehidupan, ia pasti akan berlalu. Sinar kebahagian insyaAllah akan muncul kembali selepas gerhana berlalu pergi. Yang paling penting sangka baik kepada Allah. Semuanya dengan kehendak Tuhan.
Oleh itu, bila berada dalam gerhana kehidupan, tabah dan sabarlah, ia pasti akan berlalu. Bersangka baik, berusaha dan bertawakallah kepada Allah. Manakala jika melihat gerhana bulan atau matahari, sujudlah kita seraya memuji kebesaran Allah sambil memohon agar gerhana itu segera berlalu kerana gerhana matahari yang berlaku selama-lamanya adalah petanda alam ini akan berakhir, maka takutlah kita kepada Allah.
No comments:
Post a Comment