Sunday, December 21, 2008

Catatan Perjalanan Dakwah part (2) - Kondominium 2204 Dubai Marina

Catatan perjalanan dakwah ke Dubai, Yemen dan US - Part 2



2. Kami dan Sultan Brunei Dalam Pesawat Yang Sama
Ketika dalam pesawat EK 343, kami sempat mendengar pengumuman bahawa, Sultan Brunei berada di dalam pesawat yang sama dengan kami. Serentak kami berkata, "Alamak profile RS ada dalam beg satu lagi! Ish kalau tak..dapatlah kita serahkan pada Sultan Brunei kan!" Cis sampai begitu sekali angan-angan kami dalam bab mencari dana untuk RS!


Al-Quran Dalam Surau
3. Sujud Di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai

Kami tiba lebih kurang jam 3.30 pagi. Suasana agak tenang dan sunyi. Takde orang sangat. Sementara menanti masuknya waktu Suboh. Kami mengambil sedikit ruang yang Allah kurniakan untuk sujud di satu sudut bumi Allah yang Maha Indah dan luas ini. Betapa bersyukurnya diberikan keselamatan oleh Allah swt tiba ke destinasi. Untuk orang yang pernah menaiki kenderaan dan kemudiannya terbabas di tengah jalan dan kejadian tersebut menyebabkan kematian 4 orang. Sudah tentu, tiba ke destinasi dengan selamat adalah nikmat dalam setiap perjalanan yang dilaluinya.

Kesyukuran yang lain ialah tiada barang yang hilang...sedangkan abang & Kak Long (Yeop dan Yong) Kak Mas Ahmah yang tiba lebih awal dari kami telah kehilangan sebuah bag yang amat bermakna untuk mereka berdua.


Pemandangan Dari Kondo 2204




3. Kondominium 2204

Kami menumpang di rumah Helmi, anak sedara Kak Mas. Penghuni rumah ini terdiri daripada 11 orang rakyat Malaysia yang bekerja di Dubai termasuk Lau yang berbangsa Cina. Sewa Kondo ini ialah RM16,000 sebulan. Umur mereka yang tinggal di sini ialah antara 20-30 tahun. Kebanyakannya masih muda belia dan hanya seorang yang berumahtangga iaitu Lau. Abang Long dan Kak Long adalah ibubapa kepada Helmi.

Akibat krisis ekonomi global yang kita sendiri sudah mengetahuinya, hampir separuh dari elaun mereka telah dikurangkan! Adik-adik ini amat merindui masakan Malaysia. Maka kami pun bergotong royong memasak untuk mereka. Bagi kami, mereka juga madu' yang mesti disantuni.

Salah satu teguran pertama ialah bab solat berjamaah! Pagi ini mereka bersolat secara berjamaah sedangkan sudah lama mereka solat secara berasingan. Ini hasil kerja Kak Liya..:-)


Kelebihan lain Kondo 2204 ini ialah, ia berada lebih tinggi dari Hotel Hilton, Mengadap ke Laut...dan pemandangannya sangat indah dan menenangkan.


Rombongan Wanita JIM - Kak Liya, Kak Ros, Roha dan Shifa

4. Bihun 2204, Cucur Kobis Wak Liya dan Keropok Lekor Teluk Intan
Kami ke kondo 2204 dengan teksi dan sebaik sahaja sampai, kami dihidangkan dengan sarapan istimewa iaitu Bihun 2204 yang dimasak oleh Helmi, Cucur kobis Wak Liya dan Keropok Lekor Teluk Intan. AlhamdulilLah memang seronok sangat sebab bergabung kembali dengan Kak Su, Kak Liya, Shifa', Kak Ide, Kak Mas serta Kak Long dan Abang Long. Rombongan Kak Mas yang memang riuh rendah ni bertambah meriah dengan kehadiran R and R (Roha dan Ros).

....insyaAllah kita sambung lagi nanti.

Roha Hassan - Kondo 2204, Bahar 5, Dubai Marina

No comments: