Thursday, December 25, 2008

Catatan Perjalanan Dakwah (4) - Hanya Insan Biasa

Assalamualaikum wbt...


Palm Jumeira Yang Indah - Dari Kondo 2204

Ketika catatan ini dilakukan, R & R (Roha dan Kak Ros) sudah berada di bumi Houston, Texas. Dua hari tiada capaian internet. AlhamdulilLah, hari ini sambungan catatan ini boleh dilakukan semula.

10. Beberapa Program Di Dubai dan Yemen
AlhamdulilLah, beberapa program dan pertemuan dengan Malaysian di Dubai telah dilaksanakan. Kami (Roha, Kak Ros, Kak Liya, Kak Ide, Kak Sofiah dan suami) telah mengadakan beberapa pertemuan dan pengisian untuk Malaysian di Dubai. Menurut seorang rakan, terdapat 5,000 orang Malaysian di Dubai. Sayangnya tidak ramai yang rapat dan saling kenal mengenali. Alangkah baiknya jika ada persatuan atau organisasi yang dapat menyatukan mereka.
Ketika program dan pertemuan di Dubai berjalan, program di Yemen juga turut dilaksanakan. Kami percaya, Kak Mas, Kak Su dan Shifa' sedang melakukan yang terbaik di Yemen. Sayang sekali Roha tidak dapat mencatatkan lebih lanjut tentang apa yang berlaku di Yemen. InsyaAllah kita nantikan bersama perkongsian pengalaman di Yemen oleh Kak Mas, Kak Su dan Shifa'. Sms yang kami terima daripada Kak Mas menyatakan mereka di Yemen sihat. AlhamdulilLah.
Ketua Chef - Kak sofiah dan suami
11. Tiga Bulan Tidak Merasa Nasi Lemak
"Dah tiga bulan kami tak makan nasi lemak..". Itulah pengakuan Helmi dan kawan-kawan! Sukahati betul mereka semua bila Chef-chef yang datang Malaysia memasak nasi lemak kepada adik-adik di Kondo 2204. Lihatlah foto yang disertakan ini untuk menyaksikan betapa berseleranya mereka menjamu selera.
Wah berseleranya makan nasi lemak
Memasak nasi lemak bukanlah misi kami. Tetapi menggembirakan insan-insan yang telah membantu kita adalah sebahagian daripada akhlak seorang pendakwah!
12. Kami Hanya Insan Biasa

Jalan-jalan pilih jubah
Kami hanya insan biasa! Itulah hakikatnya. Selepas program selesai. Kami juga seperti insan-insan yang lain, mengambil kesempatan yang ada untuk membeli sedikit sebanyak cenderahati untuk keluarga dan sahabat-sahabat yang ditinggalkan serta memenuhi pesanan rakan-rakan. Tidaklah membeli belah bak wanita kaya! Ala kadar sahaja...:-). AlhamdulilLah, bersederhana adalah amalan mulia yang penuh hikmah dan kebaikannya.
Jalan-jalan Cari Makan - Kak Ros Dan Baklawa
Kak Ros memperkenalkan halwa Arab yang sedap, antaranya Baklawa kepada kami dan kawan-kawan yang tinggal di Dubai. Lucu juga bila kawan-kawan yang tinggal di Dubai pun tidak mengenal Baklawa. Tapi semuanya mengaku sedap. Entah benar atau tidak! Entah-entah nak amik hati Kak Ros yang belanja Baklawa ni kot...:-) Tak la, memang sedappun Baklawa ni sebenarnya!
Roha Hassan
Houston, Texas

No comments: