Saturday, January 3, 2009

Catatan Perjalanan (6) - Jalan-Jalan Cari Makan, Jalan-Jalan Cari Kawan

Assalamualaikum wbt...
Catatan ini ditulis sehari sebelum Muktamar IMSA-MISG

15. Jalan-Jalan Cari Makan
Di Houston, makanan halal bukan satu masalah. Terdapat banyak restoren halal di Sekitar. Cuma jalan-jalan cari makan hari tersebut agak berputar-putar kerana hari tersebut adalah hari Krismas. Tapi semua itu berbaloi bila dapat makanan yang sedap di Restoren "Darband Shish Kabob". Apa lagi makan makanan Arab la. Kami ditemani oleh Amar Razali dan Alia. Adik-adik ni memang prihatin sangat dengan makan-minum kami. Bimbang sangat kalau makcik-makcik ni kelaparan. Terimakasih A & A (Amar dan Alia). Kalian memang anak-anak yang baik.


16. Jalan-jalan Cari Kawan
AlhamdulilLah, semasa mula-mula dijemput ke Muktamar, kami ada diberikan nama seorang ikhwah, akhi Zabidi. Ketika sampai di Houston, kami mendapat jemputan makan tengahari di rumah akhi Zabidi.
Untuk ke rumah Zabidi, Nazirah menjadi pemandu. Habis diredahnya lampu merah sebab tak perasan. He he he...Nazirah ni memang cute lah. Dia lah yang banyak menguruskan urusan kami sebelum dan ketika muktamar.
Sepanjang perjalanan ke rumah akhi Zabidi, kami sangat bergantung dengan GPS. he he he..kata Nazirah, semua kawan-kawannya pun macam tu. Takde GPS memang tak tau jalan. Al-maklum kita bukan di negara sendiri. Rupanya salah satu produk tempat saya bekerja iaitu GPS amat penting di saat-saat ini. Serta merta rasa rindu pada pejabatku, Geoinfo Services.

17. Junior Kak Ros Di KIK
Rupa-rupanya akhi Zabidi ni adalah junior Kak Ros masa kat Kolej Islam. Wah memang seronok dapat berjumpa dengan akhi Zabidi, isteri dan anak-anak. Kehadiran kami disambut dengan baik.
Selepas beberapa hari tidak menjamah makanan Malaysia, dapatlah kami makan kari daging dan sambal di rumah akhi Zabidi. Pedas! Tapi sedap. Jzkk Akhi Zabidi dan keluarga. Terima kasih daun keladi, ada peluang kami singgah makan lagi!

Dalam perjalan pulang ke hotel, hati ini berbisik...esok muktamar akan bermula

Roha Hassan
Houston Texas,
25 December 2008

No comments: