Saturday, January 3, 2009

Catatan Perjalanan Dakwah 7 - Muktamar MISG-IMSA

Catatan Perjalanan Dakwah – Muktamar MISG-IMSA

Assalamualaikum wbt…
18. Bermulanya Muktamar
Pada 26 December, mulai jam 07.00 pagi, 26 December 2008, Muktamar IMSA-MISG bermula. Majlis perasmian diisi dengan ucapan oleh Ketua Muktamar, Presiden IMSA-Bapak Dodi Heryandi, Presiden MISG-Saudara Firdaus, Wakil Kedutaan Indonesia-Bapak Kriya Fahmi serta perasmian oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, YB. Datuk Ir. Hj. Idris bin Hj Haron.
Roha dan Kak Ros berada di barisan no dua di hadapan. Memang berkesempatan melihat gaya, aksi serta mendengar setiap kata-kata yang diucapkan oleh mereka. Cuma, tiada ucapan daripada wakil wanita. Kalau dalam JIM sekurang-kurangya Ketua Wanita akan diberikan kesempatan memberikan sepatah dua kata. Apa-apapun, tiada pertikaian di sini. Sekadar membanding dua senario di tempat yang berbeza. Tiada yang salah pada perbezaan, melainkan ia memberikan impak yang berbeza.

19. Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, YB. Datuk Ir. Hj. Idris bin Hj Haron.
Wah! Bersemangat sekali Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, YB. Datuk Ir. Hj. Idris bin Hj Haron! Cara dan gaya ucapannya mengingatkan Roha kepada beberapa ahli politik Malaysia. Dengan beberapa potong hadis di petik serta beberapa pesanan diberikan akhirnya kami mengerti. Beliau dulu adalah aktivis MISG. Ada antara kami yang sempat berselorah dengan adik-adik MISG, "Tengok tu bekas aktivis MISG sekarang ni dah jadi Timbalan Menteri, korang yang pegang jawatan Presiden dan lain-lain ni, jangan lupa tau. Balik Malaysia nanti kena la berusaha sampai jadi Menteri"...gurauan ini disambut dengan gelak ketawa adik-adik MISG.



20. Tema Muktamar
Tema Muktamar kali ini ialah "Adapting Changes To Be Best Position Ourselves And Community". Antara Topik-topik pengisian hari pertama di dalam muktamar ini ialah :
a. Reasseing The Muslims Condition In America - Economy, Political, History
b. Preserving The Islamic Identity In The West Treats & Solutions yang diadakan selari dengan pengisian oleh R & R
c. Unleash your Potential Beyorn The Norm
d. Bermulanya Disini - Roha dan Kak Ros


21. Kelakarnya - Berjumpa Bekas Pensyarah Masa Kat ITM
Kelakar rasanya bila ditakdirkan bertemu bekas pensyarah Roha di ITM dulu, yang turut berada dalam muktamar yang sama. Bukan apa, ada kenangan tersendiri yang berlaku semasa ITM dulu.
Teringat la beberapa perbezaan pandangan yang berlaku dulu..he he he. Namun secara adabnya samada pensyarah yang paling kita suka atau pensyarah yang kita kurang suka. Kedua-duanya tetap pensyarah kita. Guru mesti dihormati! Maka kesempatan yang datang untuk bertemu dengan seorang guru tidak akan dilepaskan. "Assalamualaikum Dr Azly, saya Roha Hassan, bekas student Dr masa kat ITM dulu...bla..bla..bla"..."Ye, Roha Hassan...I remember you...." Alamak! Dia masih ingat aku rupanya...habislah. Dari jauh saya ingin mengucapkan tahniah pada bekas pensyarah yang dulu saya panggil Encik Azly, kini sudah bergelar Dr Azly!

Selepas ini, situasi bertambah menyeronokkan bila bertemu insan-insan serta menatap wajah mereka yang dikenali...
Roha Hassan
Houston, Tx
26 December 2008

No comments: