Wednesday, May 7, 2008

“Caring Explorace” – Tanda Keprihatinan Kakitangan Geoinfo Terhadap Haiwan Dan Alam












Yes! Program Dah Selesai!




















Sahabat Yang Ideal














Mulakan Langkah Mencari Klu














Cepat! Siapa cepat Dia Menang!


MD yang Sporting!
Dr Noordin Ahmad
















AJK Yang Bertungkus lumus



















Hadiah Untuk Yang Berusaha!



















D'hearty @geoinfo
Geoinfo Services Sdn Bhd, merupakan syarikat yang sedang berkembang pesat dalam menawarkan khidmat dalam bidang Pemetaan Berdigit, Sistem Kedudukan Global (GPS), Penderiaan Jauh (RS) dan Sistem Aplikasi. Ia beribu pejabat di Taman Melawati, Kuala Lumpur.

Sebagai sebuah syarikat yang sedang berkembang pesat, kerja berpasukan dan semangat kekeluargaan merupakan antara elemen penting yang mesti dimantapkan dari masa ke semasa.

Menyedari hakikat ini, program kekeluargaan yang dinamakan sebagai D’hearty@geoinfo diadakan setiap dua bulan sekali. Kebiasaannya, ia akan diadakan pada hari Sabtu minggu ketiga atau keempat. Program ini akan dianjurkan dengan konsep, nilai bersama dan perkongsian yang berbeza–beza.

Antara objektif program D’hearty@geoinfo ialah;
1. Untuk mengukuhkan ukhuwah dan ikatan kekeluargaan sesama kakitangan
2. Untuk meningkatkan ilmu berkaitan bidang-bidang yang berkaitan
3. Flatfom untuk bersantai dan meningkatkan motivasi
4. Menerapkan satu “nilai bersama” untuk dihayati oleh setiap kakitangan Geoinfo Services Sdn. Bhd.
5. Salah satu saluran Corporate Social Responsibility (CSR) oleh syarikat

Caring Explorace Di Zoo
Pada 26 April 2008 (Sabtu) yang lalu, Geoinfo Services Sdn. Bhd telah mengadakan program “Caring Explorace” di Zoo Negara, Hulu Kelang, Selangor. Seramai 40 kakitangan syarikat ini telah terlibat. Program ini yang merupakan sebahagian daripada aktiviti kekeluargaan D’hearty@geoinfo untuk bulan April 2008.

Antara objektif program ini ialah
Mengukuhkan ukhuwah dan kasih sayang dikalangan semua ahli GSSB
Menerapkan nilai bersama (shared value) untuk bulan April-Mei iaitu “Love and Caring”
Meningkatkan kesedaran dan kasih sayang kepada haiwan dan alam

Urusetia Program ini terdiri daripada Encik Harris Othman, Cik Roha Hassan, Puan Khairunnisa Shaker, Puan Suraya Kasdon, Encik Norfahmi Md. Yusop, Encik Mohamad Nadzri Mohamad Yunus dan Encik Muamar Shakir Shafurdin.

Menyokong Zoo Melalui Program serta Pembelian Poskad Dan Poster
Dihujung program, Pengarah Urusan Geoinfo, Dr Noordin Ahmad telah berbesar hati menyampaikan hadiah kepada semua pemenang. Sebagai sokongan kepada pihak Zoo Negara, pihak Syarikat turut membeli poskad dan poster yang dikeluarkan oleh Zoo Negara untuk dihadiahkan kepada urusetia dan semua urusetia.

Disediakan oleh : Roha Binti Hassan
Pengurus Pentadbiran dan Kualiti