Showing posts with label Kisah Kami. Show all posts
Showing posts with label Kisah Kami. Show all posts

Sunday, May 31, 2009

Danial Yang Pemurah Mewarisi Sifat Pemurah Ibu Kami


Setiap kali berjalan bersama Muhammad Danial Sufi dan terserempak dengan peminta sedekah atau insan kurang upaya....kami sudah tahu dan dapat mengagak apa tindakan Danial. Dia akan berhenti dan perkataan pertama yang akan muncul dari bibir anak kecil yang berusia 5 tahun ini ialah, "Jom bagi duit kat pak cik tu...sian dia"

Pada awalnya dulu kami ada menegur dan memberikan pandangan kami bahawa bukan semua peminta sedekah itu harus diberikan wang. Namun Danial tidak mahu menerima alasan kami. Malahan Danial akan meleteri Anjang dan Acu pulak.

Tambahan pulak, setiap kali keluar bersama Danial ke Pasar Malam atau ke tempat lain, Danial sudah siap sedia memasukkan beberapa ringgit ke dalam poket untuk diberikan kepada peminta sedekah, insan kurang upaya atau sakit.


Yang lebih kelakar, selepas memberikan sumbangan, Danial akan mewawancara peminta sedekah tersebut.


Satu hari semasa kami ke Pasar Malam, Danial telah melihat seorang pak cik peminta sedekah yang mengalami kecacatan di tangan dan di kaki. Danial menyerahkan wang kepada pak cik tersebut, kemudian duduk di hadapan pak cik tersebut dan bertanya, "Pak Cik, kenapa tangan dan kaki pak cik jadi macam ni...." dan pak cik tersebut pun bercerita...."Pak Cik kena timpa dengan pokok ketika menebang pokok di hutan....."


Dan setiap kali ke Pasar Malam yang sama, Danial akan mencari Pak Cik tersebut, memberikan wang RM1, mencium tangan pak cik tersebut kemudian melambai-lambai pada lelaki tersebut.

Sikap ini sudah bermula dalam diri Danial sejak dia berusia 4 tahun lagi, kini Danial berusia 5 tahun. Sifat pemurahnya bertambah ketara.

Semalam Danial cuba bertanya pada pak cik peminta sedekah yang Danial berikan RM1, tapi kata Danial, "Pak Cik tu tak boleh cakap la...." . Dia nampak kurang puashati. "Memang la...pak cik tu bisu..." jawab Acunya merungkai persoalan anak kecil ini.

Dalam tren, semasa hendak pulang ke rumah kami, Danial telah menghadiahkan mainannya yang baru dibeli kepada kanak-kanak kecil yang asyik memandang kepada mainan baru Danial, sepanjang perjalanan kami.

"Adik nak mainan ni ka? tanya Danial kepada anak kecil yang kurus dan pucat itu. Anak kecil itu mengangguk dan terus mengambil mainan dari tangan Danial.

Anjang dan Acu hanya tersenyum. Itu semua pemandangan biasa. Kami selalu berpandangan, "Danial ini ikut perangai Tok Nab kot." Tok Nab ialah nenek Danial yang merupakan Ibu kami, iaitu Zainab binti Salleh yang sangat pemurah terhadap semua yang memerlukan terutamanya anak-anak yatim dan orang-orang yang lebih susah dari kami.

Kami akan sentiasa merindui dan mendoakan ibu kami yang sangat baik hati itu.

Andai dirimu juga ingin mengetahui kisah lanjut tentang ibu kami juga ibu-ibu lain yang mulia lagi hebat, belilah buku, "Ibu Madrasah Pertama Ku" dari kami. InsyaAllah....kalian pasti akan menemui tips hebat dari para penulis yang tidak kurang hebatnya dalam mengungkapkan kisah ibu masing-masing.


~Roha Hassan~

Thursday, February 5, 2009

Karya Kreatif Acu

Salam Sejahtera...

Kali ni, nampaknya Acu pulak nak tunjukkan bakat melukis!

Sebenarnya Acu sedang menuntut dalam bidang "Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak". Lukisan Acu ni semuanya adalah tugasan Acu. Macam-macam lukisan dan kraftangan yang Acu kena siapkan. Berikut ialah beberapa lukisan Acu menggunakan konsep yang berbeza-beza.








"Waaa.....cantiknya lukisan Acu" Kata Danial. "Tapi Danial pun boleh lukis macam ni. Nanti Danial lukis lagi cantik!" Kata Danial lagi dengan yakinnye! Anjang dan Acu ketawa melihat karenah Danial.


~ Roha Hassan @ Anjang ~

Jom Melukis Bersama

Assalamualaikum wbt...
Ini adalah secebis kisah seorang kanak-kanak berusia 4 tahun, 11 bulan, 27 hari. Muhammad Danial Sufi atau panggilan manjanya Danial atau Sufi, memang mempunyai minat yang bermacam-macam.
Kadang-kadang dia akan menghabiskan banyak masa mengambil foto menggunakan kamera digital anjang. Kadang-kadang dia akan menghabiskan masa beberapa jam bermain komputer. Dia suka main games dan ber "ym" cara dia.

Beberapa hari ni, Danial asyik melukis jer. Jom kita tengok aksi Danial ketika melukis.

Hai Danial sibuknyer melukis sampai tak sempat pakai baju. Dah la tu, melukis sampai meniarap. Kenapa la tak melukis kat atas meja Danial yang ada gambar fish tu?

Apa la agaknya yang Danial lukis tu? Sebenarnya anjang dulu-dulu pun suka melukis. Bukan anjang aje, alang, anyah, mak tam, andak, che Bun, Acu....semua pandai melukis tau! Tokwan pun pandai! Agaknya Danial nak ikut jejak kami yer? he he he


Tapi anjang lukis untuk main-main je. Anjang pernah dapat "A" tau untuk matapelajaran lukisan masa kat sekolah menengah.
Alamak! Danial dah kepupusan idea nampak! Termenung je tu. Agaknya sedang mencari ilham...apa la agaknya yang ingin dilukis.

Takpe Danial, lukis je apa yang Danial rasa nak lukis. Anjang akan sokong! Asalkan Danial seronok. Teruskan usaha Danial!

Tara! Dah siap lukisan Danial rupanya. "Gambar apa ni Danial? Tanya anjang "Gambar dog! Jawab. "Hah! Dog! Banyak-banyak binatang, gambar dog jugak yang hang suka lukis! Sampuk Acu. "OK la tu...cantik ni. Pandai Danial...." Puji anjang.

"Yang ni gambar apa pulak ni Danial? Tanya anjang. "Gambar Danial main kat Taman permainan..."...Jawab Danial selamba..."ooooo.....macam tu" jawab anjang. "Nanti anjang ambil gambar dan simpan untuk kenangan Danial ya." Anjang terus mengambil kamera untuk merakamkan foto lukisan Danial.
~Roha Hassan~

Saturday, January 24, 2009

Bertemu Dan Berpisah Kerana Allah

Assalamualaikum wbt...

Pada hari khamis yang lalu, 22 Januari 2009, kumpulan usrah kami bersama beberapa akhawat JIM Ampang Jaya telah meraikan pemergian Ukhti Jas yang akan berpindah ke Perak. Mengikuti suaminya yang bertugas di RISDA.

Diabadikan beberapa foto kenangan kami bersama Ukhti Jas. Ucapan, pesanan, pemberian cenderahati dan makan-makan adalah antara aktiviti majlis ringkas ini.

Bersama-sama ini disertakan foto majlis perpisahan itu.
Teman-teman seusrah yang sentiasa mendoakan Ukhti Jas terus berjaya dimana jua berada. Kak June, Roha dan Kak Ogy

Antara yang hadir dalam majlis perpisahan. Masing-masing diberikan kesempatan untuk saling pesan memesan. Anataranya, Kak Latifah, Kak Yan, Kak Mar, Kak Ros, Kak Faridah, K Jawaher.

Kak Nor dan Ukhti Jas yang diraikan. ukhti Jas sedih dengan Perpisahan. Namun amat gembira dan terharu diraikan


Pesanan dari seorang Naqibah - Kak Ogy. Bertemu dan berpisah kerana Allah.

Kak Latifah selaku wakil WJIM Ampang Jaya menyampaikan cenderahati.

InsyaAllah ukhti Jas akan sentiasa dalam ingatan, doa dan kenangan kami. Moga bertemu pengganti kami bila berada di tempat baru. Allah akan bersamamu bila kau sentiasa merindui dan mengingatinya, maka janganlah kita gundah untuk memulakan langkah baru di tempat baru. Moga terus sukses ukhti Jas! Jangan lupa doakan kami jua....
Salam ukhuwwah kerana Allah..
~ Roha Hassan~

Sunday, January 18, 2009

Bihun Untuk Jiran Sebelah

Assalamualaikum wbt...

Ini pula kisah Acu. Nama penuh Acu ialah Salina. Acu masih belajar dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Dua kemahiran Acu ialah memasak dan kraftangan.

Baru-baru ni, Anjang minta Acu memasak bihun untuk dihantar kepada jiran-jiran. Sebenarnya semasa bulan Ramadhan baru-baru ini rezeki kami memang murah. Jiran-jiran ramai yang berkongsi rezeki dengan kami.
Jadi, bila ada kelapangan kami pun nak juga mendapat pahala dan mengeratkan ukhuwwah dengan jiran-jiran.

Mari kita lihat bihun yang Acu sediakan untuk dihantar kepada jiran-jiran!
Apakah maknanya sepinggan bihun untuk jiran? Kalau nak tahu....cubalah memberi...kelak kalian akan memahami erti sepinggan bihun untuk satu ikatan kejiranan. Sesungguhnya jiranlah saudara kita di kala keluarga kita jauh dari kita.
Selepas menatap foto sepinggan bihun ini, cubalah hitung kembali :
1. Bilakah kali terakhir menyapa jiran sebelah?
2. Bilakah kali terakhir menziarahi jiran-jiran setaman?
3. Bilakah kali terakhir menggembirakan hati insan-insan sekitar kita?
Ingat-ingatlah hak kita terhadap jiran-jiran!
~Roha~


Minat Muhammad Danial Sufi

Assalamualaikum wbt...


Nama saya Danial. Umur saya 5 tahun. Saya suka mengambil foto menggunakan kamera anjang saya. Saya mula menjadi jurugambar tidak bertauliah ini sejak berumur 3 tahun. Orang yang memberikan galakan ialah anjang saya.



Danial - Lasak Macam Kanak-Kanak Lain. Foto ni Anjang yang abadikan!
Berikut adalah antara foto-foto yang Danial ambil...he he

1. Ini Foto bunga telur masa Pak cik Bon Kahwin - Danial yang ambil foto ni.


2. Ini foto anjang - Danial ambil masa kenduri Cik Bon

3. Ini foto, Acu, Mama Danial dan Dinie - Adik Danial - Masa jamuan raya

4. Ini foto bunga hiasan meja yang Danial ambil

5. Lion atas Laptop Anjang




6. Hasil kraftangan Mak Su

Memupuk minat anak-anak @ kanak-kanak ialah dengan menggalakkan apa yang mereka sukai. Danial ni sejak kecil lagi suka dengan kamera. AlhamdulilLah setakat ini sudah banyak foto yang diambilnya. Dan sepanjang waktu itu, kamera anjang tetap dijaga dengan baik.
Moga Danial menjadi jurugambar yang hebat di masa depan!
~Anjang~