Showing posts with label Nukilan. Show all posts
Showing posts with label Nukilan. Show all posts

Thursday, March 19, 2009

Bersantai Di Pasiran Pantai

Assalamualaikum...

Wah! Sibuknya Danial dan anjang bermain pasir! Memang seronok sebenarnya sekali sekala dapat berada di tepian pantai bermain pasir dan berlari mengejar ombak. Kita boleh lupakan seketika hiruk pikuk di kota.

Acu Dekna pun main pasir gak. Ape ni Acu, Danial? Main angkut-angkut pasir dalam beg plastik. Mana boleh bawak balik pasir tu. Kesian kat pantai! Kalau ada sejuta orang angkut pasir kat pantai bawak balik ke rumah, alamat berlaku la hakisan nanti. Jadi, jangan bawak balik ke rumah ye!


Ooooooooooo...pasir-pasir tu nak diangkut ke bawah pokok ye. Danial tak boleh dah nak ke pantai, sebab dah tengahari. Takpelah, janji boleh main pasir.

Wah, Danial main angkut-angkut air pulak. Terima kasih makcik Rosnah yang sudi melayan Danial yang memang suka main air dan pasir. Huh! Nak bawa ke mana air tu Danial.


Pagi-pagi macam ni baru boleh berendam dalam air dan bergurau senda dengan ombak! Memang best bila anjang dan danial berendam dalam air di pantai yang indah di Teluk Cempedak.


Ni acara apa pulak ni? Tangkap ikan ke? Ke tangkap ketam? Danial pun sama. Apa la yang dicari....


Inilah hasil tangkapan Danial dan Anjang. Banyak tu. Bukan main happy lagi si Danial. Tapi nanti kena lepaskan ni!

"Tak nak lepaskan! Danial nak cari lagi. Korek dalam pasir ni, mesti ada siput dan ketam. Mesti ada "Patrik" dan "Encik Crab"......habislahhhhhhhhhhhhh

"Cukup-cukup la Danial..jom kita balik...macam nak hujan je" Pujuk anjang. "Nantilah anjang, Danial nak main lagi" Danial tak berganjak-ganjak. Memang kanak-kanak biasanya sukakan air. Dapat peluang macam ni, memang susahlah nak dilepaskan.



Ewah! Sempat lagi Acu posing dalam hujan yang renyai-renyai. Ye memang enjoy bila ada kesempatan lepak-lepak dan bersenang-senang setelah penat dengan kuliah dan assigment.

Begitulah sedikit perkongsian percutian ringkas, danial, acu dan anjang. Kalau Allah izinkan, nanti kita cuti-cuti lagi ye.
Hidup memang menyeronokkan jika ada kepelbagaian!
Secebis perkongsian,
Roha Hassan

Wednesday, October 22, 2008

Karakter Mu, Karakter Ku



Mengikut Alexander Solzhemitsyu, "Tujuan kehidupan bukanlah bagi mencari kesenangan, tetapi bagi membangunkan jiwa kita.



Apa itu Karakter?


1. Karakter bukan sekadar bercakap kosong



Semua orang boleh bercakap tetapi perbuatannya adalah ujian sebenar karakter seseorang. Karakter anda menentukan pegangan, cara berfikir dan cara anda menangani sesuatu. Kerana itulah karakter pemimpin tidak dapat dipisahkan daripada tingkah lakunya. Jika pemimpin itu tidak cakap serupa bikin, lihat pada karakternya bagi mengetahui sebabnya.


2. Bakat sudah ditentukan Tuhan, tetapi karakter adalah pilihan sendiri
Kita tidak dapat mengawal banyak perkara dalam hidup . Kita tidak dapat memilih siapa ibubapa kita, cara kelahiran atau cara kita dibesarkan, bakat dan IQ kita. Tetapi kita dapat memilih karakter kita sendiri. Kita sebenarnya mendefinisikan lagi karakter kita setiap kali kita membuat keputusan - sama ada bagi berjuang atau berputus asa, menipu ataupun mengaku salah. Dengan setiap pilihan yang dilakukan, kita terus membangunkan karakter semula.


3. Karakter menyebabkan kejayaan bersama orang lain

Kepimpinan sebenar melibatkan orang lain. Pepatah ada menyatakan, "Jika anda fikir anda sedang memimpin tapi tiada orang yang mengikut anda dibelakang, maknanya anda hanya keluar berjalan-jalan". Orang tidak akan percaya pada pemimpin yang mempunyai karakter yang tidak baik, dan mereka tidak mungkin mahu mengikutnya.


4. Pemimpin akan dihadkan oleh karakternya

Pernahkah anda melihat orang yang sudah berjaya tetapi tidak bahagia selepas mencapai satu tahap kejayaan? Ini disebabkan oleh karakter yang tidak kuat. Ahli psikologi, "Steven Berglas pernah menulis di dalam bukunya, The Success Syndrom, "Orang yang berjaya tetapi tidak mempunyai karater yang kukuh, tidak akan dapat menghadapi stres yang timbul daripada kejayaannya dan akhirnya akan musnah. Mereka ini akan dimusnahkan oleh perasaan bongkak, kesepian, gila-gila mencari keseronokan atau zina".
Dipetik dari buku, "The 21 Indispensable Qualities Of A Leader"
~Roha Hassan~

Tuesday, February 5, 2008

Muqadimah..

Assalamualaikum WBT..

Bismillahirrahmanirrahim..Dengan nama Allah yang pemurah lagi maha penyayang saya memulakan perjalanan baru saya dengan membuka blog saya ini.

Ini merupakan kali pertama bagi saya untuk menggunakan blog sebagai kata penghantar kepada semua selain daripada menggunakan buku yang terkandung segala hasil nukilan dan karya sepanjang karier saya. Di sini juga saya akan mencatat serba sedikit pengalaman hidup, coretan hidup, catatan harian,mingguan mahupun bulanan sebagai tatapan dan panduan kita bersama.

Di sini juga kita boleh berkongsi pendapat dan pengalaman semoga segala yang kita buat di muka bumi Allah ini akan sentiasa diberkati olehNYA. wassalam..

Roha Hassan