Friday, February 27, 2009

Kalau Sudah Bukan Rezeki Kita


Kalau sudah bukan rezeki kita, makanan yang sudah dalam mulut pun terluahkan jua. Kalau bukan rezeki kita, pangkat yang dijanjikan, tiba-tiba ditarik semula. Kalau bukan rezeki kita, gaji sebulan tiba-tiba hilang dari akuan. Kalau bukan rezeki kita, memang bukan rezeki kita.

Ada pepatah menyatakan rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Tapi rezeki yang datang dari sumber yang haram adalah musuh kita. Tidak kurang dasyatnya berbanding musuh-musuh yang lain. Mari kita renungkan amaran Allah swt dalam Surah al-Maidah ayat 88, dimana firman Allah yang bermaksud, “Dan makanlah dari rezeki yang diberikan Allah kepadamu, iaitu yang halal lagi baik, dan bertakwalah kepada Allah yang kepada-Nya sahaja kamu beriman.”

Oleh itu sila senaraikan, rezeki dari sumber yang tidak halal sebagai musuh kita!

Pepatah lain yang tidak kurang popularnya ialah, rezeki secupak tidak akan menjadi segantang! Sebenarnya rezeki secupak boleh jadi bergantang-gantang kalau kita berusaha. Namun kalau sudah habis ikhtiar, yang sedikit itu kita wajib terima penuh keredhaan dan kepasrahan. Lain pula keadaannya kalau usaha sekadar secebis, berasa malulah pada diri untuk menyatakan, rezeki secupak tidak akan menjadi segantang.

Ulat dalam batu pun ada rezekinya, inikan pula kita manusia. Begitu indahnya ungkapan ini yang amat diperlukan disaat keadaan ekonomi yang sedang meruncing ini. Disinilah konsep tawakkal dan sangka baik terhadap Allah itu tersembunyi. Hayati dan fahami bahawa Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Dituliskan rezeki bagi setiap ciptaannya hatta ulat dalam batu! Namun, apalah ertinya semua ini bagi insan yang lebih malas dari ulat dalam batu. Kalau masa tidur dan rehat lebih banyak dari masa berusaha, mana mungkin berjaya. Rezeki didepan mata pun belum tentu berada dalam genggaman.

Mencari rezeki biarlah sepadan. Masa yang seimbang jangan diabaikan. Berpagi-pagi mencari rezeki, jangan dilupa amanah yang lain. Ada masa mencari rezeki, ada masa mengadap Ilahi, ada insan-insan tersayang menanti, ada ahli masyarakat yang ada haknya atas rezeki yang kita miliki.

Apa-apapun rezeki yang hilang jangan ditangisi. Kelak sama tarafnya dengan mereka yang tidak tahu mensyukuri. Betapa hinanya makhluk yang tidak mensyukuri, bagai manusia yang tidak sedarkan diri. Rezeki sedikit yang hilang diingat-ingati. Padahal nikmat Allah sudah cukup banyak diberi. Yang ada tidak disyukuri, yang hilang terus dimimpi. Tepuk dada tanyalah diri, untuk yang tidak tahu mensyukuri, layakkah untuk terus diberikan rezeki!


Akhir bicara, sebagai peringatan untuk kita semua yang telah dikurniakan rezeki oleh Allah taala, usah lupa membersihkan dengan zakat dan sedekah!

~ Roha Hassan~

Friday, February 20, 2009

Cinta Ini Membunuhku


"Kami dah berpisah! Itulah jawapan yang diberikan oleh seorang teman lama. "oooo..." jawabku. Tidak pantas membina ayat terbaik sebagai balasan sebaik-baik mendengar perkhabaran daripada beliau. "Dah tak ada jodoh! Nak buat macam mana" Sambung beliau sambil melemparkan pandangan ke arah jalan raya yang agak sesak ketika ini. "Tentu ada hikmahnya..." aku cuba memberikan ketenangan. Sebenarnya ini bukanlah kali pertama mendengar perkhabaran begini. Bukan juga teman yang pertama mengalami senario ini. Sebagai insan biasa, aku ingin menggembirakan orang lain, terutamanya seorang kawan yang bukan sehari dua aku kenal. Lebih-lebih lagi dalam keadaannya ketika ini.
Sejenak dia terdiam. Perlahan-lahan airmatanya mengalir membasahi pipinya yang cengkung. Aku pura-pura tidak melihat aliran air jernih dari kelopak matanya. Bagi aku, itu bukan airmata ajaib. Semua yang berpisah dengan insan yang sangat dicintai tentu akan mengalirkan airmata jua. Hanya ada segelintir insan yang akan ketawa bila bercerai. Bilamana manusia yang dinamakan suami sudah tidak sesuai dikategorikan sebagai insan. Perilakunya mirip haiwan. Ketika itu, pasti seorang isteri yang berjaya melepaskan diri dari belenggu perkahwinan seumpama itu, amat bersyukur sekali. Namun untuk kes kawan aku yang seorang ini, aku yakin perpisahan mereka berdua adalah satu kelukaan dan kedukaan.


"Awak pun tahu betapa rapatnya kami berdua kan? Bukan setahun dua kami kenal. Bercinta 5 tahun, berkahwin 8 tahun. Selepas begini lama bercinta, satu hari dia bagi tau yang dia dah tak sayangkan Zie lagi".....kawan yang sedang ditimpa ujian ini mula teresak-esak. Aku mengurut-ngurut belakangnya. Perasaan empati memang menyelubungi perasaanku. Terbayang sepasang "couple boring" yang pernah menjadi bahan bualan satu ketika dahulu. Selalu berpacaran di serata sudut disetiap kesempatan yang ada. Mereka memang sepadan. Sama lawa, sama bijak. Apakan daya, akhirnya berpisah jua.


"Zie ni sebenarnya tak sangka nak jadi macam ni. Zie tak tau apa salah Zie. Zie tak tau apa kekurangan Zie. Semua ni macam mimpi..." Zie terus mencurahkan perasaannya kepadaku. "Maaf la, terpaksa luahkan apa yang Zie rasa. Dah tak larat nak simpan. Datang jumpa awak ni pun sebab nak awak dengar luahan Zie ni". Memang kasihan melihat wanita ini. Betullah kalau dilihat dari sudut fizikal, masih lawa. Kerjapun OK. Pelajaran? Lagi la OK.
"Tak apa, kalau Zie nak saya dengar, saya sudi mendengarnya. Datang jumpa Zie ni pun memang nak membantu. Kalau tak boleh bantu cara lain, dapat kurangkan perasaan Zie pun AlhamdulilLah". Aku cuba menenangkan Zie yang baru diceraikan suaminya dengan talak tiga empat bulan yang lalu.

"Agaknya sebab Zie terlampau cintakan dia kot yang jadi macam ni. Sayang sangat kat suami sampai tak nampak keburukan dia. Cinta sangat sampai tak perasan dia dah berubah" Zie mengesat airmatanya sambil mengumpul kekuatan untuk terus berkongsi. "Sebenarnya setahun dua ni dia dah mula tunjukkan perangai buruk dia. Dah mula berkasar dengan Zie dan anak-anak. Banyak juga tanggungjawab yang dia mula abaikan. Pernah juga dia pukul Zie dan anak-anak" Airmata Zie mengalir semula. "Tapi Zie bertahan. Sebab terkenangkan anak-anak dan kenangan cinta kami sepanjang 13 tahun bersama. Semua kisah cinta kami dulu-dulu, susah nak dilupa" Air jernih dipipinya dibiarkan mengalir jatuh menimpa tudung putih yang dipakainya. Dalam esak tangisnya, Zie masih ayu dan menawan. Aku pula tidak mengulas panjang cerita Zie. Aku hanya menganggukkan kepala sambil menatap wajahnya. "Sabar Zie. Semua yang berlaku ini bukanlah saja-saja kan. Zie kena yakin tu..." Bagi aku, salah satu peranan seorang kawan ialah menyabarkan dirinya ketika dicengkam kepedihan dan kesedihan. Disaat begini Zie memang perlukan sokongan ramai pihak termasuk kawan-kawan.
"Kadang-kadang Zie rasa, hidup Zie dah tak ada apa-apa lagi. Zie selalu menangis dan bersedih. Memang kesian kat anak-anak. Tapi kadang-kadang Zie rasa buntu. Tak tau nak buat apa. Tak tahu nak mengadu pada siapa dah....Kadang-kadang Zie rasa macam nak mati je" Zie mula teresak-esak. Nasib baik tempat kami berbual agak jauh dari orang ramai. Kalau tidak sudah pasti ada mata yang akan memandang penuh tandatanya. "Jangan cakap macam tu Zie, Zie ada tempat mengadu. Ada yang akan menolong. Ada yang terus sayang dan cintakan Zie. Tapi kenalah Zie mengadu kat Dia. Kena la Zie sayang kat Dia. Ingat Allah banyak-banyak Zie. Allah akan ingat kita. Allahlah yang akan mengubat segala kelukaan Zie. Jangan sampai cinta pada bekas suami Zie membunuh Zie! Nasihat ku. Seikhlasnya aku memberikan nasihat itu Zie.
Aku tidak mampu mencoretkan semua curahan perasaan mu disini. Namun kisah mu cukup untuk aku jadikan teladan betapa cinta bisa membunuh manusia. Cinta yang keterlaluan kepada manusia memang bisa membunuh kebebasan, kreativiti, keimanan, kebolehan, kebaikan, keyakinan...dan diri insan itu sendiri.
Oleh itu, jangan biarkan cinta yang sementara dan tidak berharga membunuh dirimu! Kembalilah kepada cinta yang Maha Kekal, Maha Agong, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
~ Roha Hassan~

Thursday, February 12, 2009

Valentine's Day

Assalamualaikum wbt...
Tanda kasih sayang kepada rakan-rakan dan anak muda kita yang terus ghairah dengan sambutan Valentine's Day.

Buat sesuatu dengan ilmu,
Agar tindakan tidak melulu,
Kaji selidik baru setuju,
Agar kelak tidak buntu.

Orang buat, kita buat,
Orang suka, kita pun suka,
Sampai terlupa kesan akibat,
Kelak sendiri yang celaka.

(Roha Hassan @ Anjang)



Dikongsikan maklumat yang diperolehi tentang Valentine's Day.

Maklumat daripada laman web berikut :


INFO 1

Valentine's Day History

There are varying opinions as to the origin of Valentine's Day. Some experts state that it originated from St. Valentine, a Roman who was martyred for refusing to give up Christianity. He died on February 14, 269 A.D., the same day that had been devoted to love lotteries. Legend also says that St. Valentine left a farewell note for the jailer's daughter, who had become his friend, and signed it "From Your Valentine". Other aspects of the story say that Saint Valentine served as a priest at the temple during the reign of Emperor Claudius. Claudius then had Valentine jailed for defying him. In 496 A.D. Pope Gelasius set aside February 14 to honour St. Valentine.
Gradually, February 14 became the date for exchanging love messages and St. Valentine became the patron saint of lovers. The date was marked by sending poems and simple gifts such as flowers. There was often a social gathering or a ball.
In the United States, Miss Esther Howland is given credit for sending the first valentine cards.
Commercial valentines were introduced in the 1800's and now the date is very commercialised. The town of Loveland, Colorado, does a large post office business around February 14. The spirit of good continues as valentines are sent out with sentimental verses and children exchange
valentine cards at school.


INFO 2

The History of Saint Valentine's Day

Valentine's Day started in the time of the Roman Empire. In ancient Rome, February 14th was a holiday to honour Juno. Juno was the Queen of the Roman Gods and Goddesses. The Romans also knew her as the Goddess of women and marriage. The following day, February 15th, began the Feast of Lupercalia.
The lives of young boys and girls were strictly separate. However, one of the customs of the young people was name drawing. On the eve of the festival of Lupercalia the names of Roman girls were written on slips of paper and placed into jars. Each young man would draw a girl's name from the jar and would then be partners for the duration of the festival with the girl whom he chose. Sometimes the pairing of the children lasted an entire year, and often, they would fall in love and would later marry.
Under the rule of Emperor Claudius II Rome was involved in many bloody and unpopular campaigns. Claudius the Cruel was having a difficult time getting soldiers to join his military leagues. He believed that the reason was that roman men did not want to leave their loves or families. As a result, Claudius cancelled all marriages and engagements in Rome.

The good Saint Valentine was a priest at Rome in the days of Claudius II. He and Saint Marius aided the Christian martyrs and secretly married couples, and for this kind deed Saint Valentine was apprehended and dragged before the Prefect of Rome, who condemned him to be beaten to death with clubs and to have his head cut off. He suffered martyrdom on the 14th day of February, about the year 270. At that time it was the custom in Rome, a very ancient custom, indeed, to celebrate in the month of February the Lupercalia, feasts in honour of a heathen god. On these occasions, amidst a variety of pagan ceremonies, the names of young women were placed in a box, from which they were drawn by the men as chance directed.
The pastors of the early Christian Church in Rome endeavoured to do away with the pagan element in these feasts by substituting the names of saints for those of maidens. And as the Lupercalia began about the middle of February, the pastors appear to have chosen Saint Valentine's Day for the celebration of this new feaSt. So it seems that the custom of young men choosing maidens for valentines, or saints as patrons for the coming year, arose in this way.
INFO 3

St. Valentine's Story
Let me introduce myself. My name is Valentine. I lived in Rome during the third century. That
was long, long ago! At that time, Rome was ruled by an emperor named Claudius. I didn't like Emperor Claudius, and I wasn't the only one! A lot of people shared my feelings.
Claudius wanted to have a big army. He expected men to volunteer to join. Many men just did not want to fight in wars. They did not want to leave their wives and families. As you might have guessed, not many men signed up. This made Claudius furious. So what happened? He had a crazy idea. He thought that if men were not married, they would not mind joining the army. So Claudius decided not to allow any more marriages. Young people thought his new law was cruel. I thought it was preposterous! I certainly wasn't going to support that law!
Did I mention that I was a priest? One of my favourite activities was to marry couples. Even after Emperor Claudius passed his law, I kept on performing marriage ceremonies -- secretly, of course. It was really quite exciting. Imagine a small candlelit room with only the bride and groom and myself. We would whisper the words of the ceremony, listening all the while for the steps of soldiers.
One night, we did hear footsteps. It was scary! Thank goodness the couple I was marrying escaped in time. I was caught. (Not quite as light on my feet as I used to be, I guess.) I was thrown in jail and told that my punishment was death.
I tried to stay cheerful. And do you know what? Wonderful things happened. Many young people
came to the jail to visit me. They threw flowers and notes up to my window. They wanted me to know that they, too, believed in love.
One of these young people was the daughter of the prison guard. Her father allowed her to visit me in the cell. Sometimes we would sit and talk for hours. She helped me to keep my spirits up. She agreed that I did the right thing by ignoring the Emperor and going ahead with the secret marriages. On the day I was to die, I left my friend a little note thanking her for her friendship and loyalty. I signed it, "Love from your Valentine."
I believe that note started the custom of exchanging love messages on Valentine's Day. It was written on the day I died, February 14, 269 A.D. Now, every year on this day, people remember. But most importantly, they think about love and friendship. And when they think of Emperor Claudius, they remember how he tried to stand in the way of love, and they laugh -- because they know that love can't be beaten!


INFO 4

Valentine Traditions
Hundreds of years ago in England, many children dressed up as adults on Valentine's Day. They went singing from home to home. One verse they sang was:
Good morning to you, valentine;Curl your locks as I do mine ---Two before and three behind.Good morning to you, valentine.
In Wales wooden love spoons were carved and given as gifts on February 14th. Hearts, keys and keyholes were favourite decorations on the spoons. The decoration meant, "You unlock my heart!"
In the Middle Ages, young men and women drew names from a bowl to see who their valentines would be. They would wear these names on their sleeves for one week. To wear your heart on your sleeve now means that it is easy for other people to know how you are feeling.
In some countries, a young woman may receive a gift of clothing from a young man. If she keeps the gift, it means she will marry him.
Some people used to believe that if a woman saw a robin flying overhead on Valentine's Day, it meant she would marry a sailor. If she saw a sparrow, she would marry a poor man and be very happy. If she saw a goldfinch, she would marry a millionaire.
A love seat is a wide chair. It was first made to seat one woman and her wide dress. Later, the love seat or courting seat had two sections, often in an S-shape. In this way, a couple could sit together -- but not too closely!
Think of five or six names of boys or girls you might marry, As you twist the stem of an apple, recite the names until the stem comes off. You will marry the person whose name you were saying when the stem fell off.
Pick a dandelion that has gone to seed. Take a deep breath and blow the seeds into the wind. Count the seeds that remain on the stem. That is the number of children you will have.
If you cut an apple in half and count how many seeds are inside, you will also know how many children you will have.

Saturday, February 7, 2009

Jerat Cinta Valentine

Jerat Cinta Valentine
Dipetik dari Buku, Aku Ori Bukan Fotokopi

Pada hari Valentine atau Valentine day, lafaz kasih sayang diucapkan dan diperbaharui. Amat malang jika sambutan ini turut diraikan oleh pasangan Islam yang belum diijabkabulkan. Persoalannya, adakah perasaan cinta, kasih dan sayang yang dilafazkan pada hari itu benar-benar ikhlas, dan yang paling penting menepati tuntutan syariah?

Sayang-menyayangi adalah fitrah semua insan. Perlu diingat bahawa silaturrahim dalam Islam adalah diutamakan. Penerapan nilai kasih sayang dalam Islam adalah menyeluruh, tidak hanya sesama insan, malah seluruh isi alam. Mungkin kepada ibu yang mempertaruhkan nyawa melahir dan bersengkang mata saban malam menjaga anak yang kesakitan. Atau kepada ayah yang saban hari mencari rezeki hingga sanggup meredah lautan bergelora mencari sesuap nasi buat keluarga di rumah. Tidak salah jika kita ingin menyata dan membuktikan kasih sayang kepada seseorang yang disayangi. Tetapi ia mestilah menepati batas yang diajar oleh Islam. Dalam sejarah, kita pernah diceritakan mengenai seorang musafir yang dijanjikan syurga hanya kerana sifat kasihannya terhadap seekor anjing kehausan. Beralaskan kasutnya, dia menceduk sedikit air dan memberikannya kepada anjing itu.
Alangkah tingginya nilai kasih sayang yang tersemai di jiwanya. Kasih sayang bukan boleh diukur seperti berapa bintang hotel yang dijejaki atau berapa kuntuman mawar merah yang diberi, tetapi ia adalah ukuran di antara perasaan yang ikhlas dan jiwa yang murni.

Kerana sifat kasih sayang inilah Rasul sanggup dihina serta menghadapi pelbagai rintangan ketika menyampaikan dakwah kepada umat mereka. Kerana sifat kasih sayang inilah Allah sentiasa melimpahkan rahmat-Nya kepada seluruh umat manusia tanpa mengira agama dan bangsa. Tanpa sifat ini juga, kita melihat pihak yang berkuasa sanggup menindas puak yang lemah. Negara yang kaya dan gagah sanggup melancar serangan ke atas negara yang miskin dan lemah. Budaya mengeratkan kasih sayang pada Hari Kekasih atau Hari Valentine ini bukan budaya Islam dan tiada hubungan langsung dengan ajarannya. Menurut sejarah, Valentine atau Valentino adalah seorang paderi Kristian yang sangat berpengaruh dan giat menyebarkan ajaran Kristian di Rom. Raja Rom Claudius II memenjarakan penganut Kristian yang tidak sealiran agama dengannya termasuk Valentine. Meskipun dalam penjara, Valentine tetap menyebarkan agamanya kepada para banduan.Kegiatan ini akhirnya diketahui oleh Raja Rom. Lalu diperintahkan paderi tersebut diseksa dan dibunuh pada 14 Februari 296 Masihi. Orang Kristian menganggap paderi ini sebagai orang yang mulia, sanggup berkorban dan mati kerana mempertahankan agama Kristian. Justeru besarnya pengorbanan Valentine, beliau diberi gelaran Saint atau St. Pada 350 Masihi, sebuah gereja dibina berhampiran kuburnya.
Daripada sumber yang lain pula, diceritakan bahawa ketika di dalam penjara Valentine jatuh cinta dengan seorang anak pegawai penjara. Kesalahan ini menyebabkan beliau boleh dibunuh, tetapi sebelum dibunuh Raja Claudius II memberi dua pilihan; meninggalkan agama Kristian atau dibunuh. Namun beliau lebih rela dibunuh, tetapi sebelum itu beliau sempat menulis surat cinta kepada gadis itu dengan menurunkan tandatangan “From Your Valentine.”

Sejak peristiwa itu, orang Kristian mengambil sempena 14 Februari setiap tahun untuk merayakan hari kasih sayang bagi memperingati kematian St Valentine yang merupakan idola mereka. Jadi, adakah wajar kita sebagai umat Islam turut merayakan hari tersebut?

Kepada pasangan kekasih, sayugia diingatkan janganlah sampai sanggup melakukan korban untuk perkara yang keji dan mungkar. Usahlah terdera dalam jerat percintaan. Sesungguhnya kembalilah kepada tata cara yang digariskan oleh Islam.

Friday, February 6, 2009

Bunga-Bungaan Dalam Perhubungan

Assalamualaikum wbt...

Senario 1: Kita membeli belah di Giant. Kita membeli pelbagai barangan. Hampir Rm300. Dan ini bukanlah kali pertama kita membeli belah di Giant. Hampir setiap bulan kita membeli barangan keperluan di situ. Kadang-kadang dua tiga kali sebulan. Tapi perasan tak! puluhan kali kita membeli belah disitu, juruwangnya tidak pernah mengucapkan, "terimakasih...sila datang lagi". Kadang-kadang, senyuman pun tidak diberikan. Sebaliknya kita pulak yang setiap kali lepas membayar harga barangan akan mengucapkan "terimakasih!"


Senario 2 : Kita bekerja di bahagian kewangan. Pasukan kitalah yang menguruskan segala hal berkaitan dengan kewangan syarikat. Masa yang paling menggembirakan semua kakitangan ialah apabila gaji atau bonus dimasukkan ke dalam akaun masing-masing. Tapi setelah hampir sepuloh (10) tahun kita bekerja, dua tiga orang kakitangan sahaja yang pernah mengucapkan, "terimakasih sebab proses dan masukkan gaji kami tepat masanya". Kadangkala tak ada yang mengucapkan apa-apapun. Tapi kita tak akan lupa satu hari tu, kita terlambat membayar gaji disebabkan ramai client lambat membuat pembayaran...kiri kanan kita kena marah dan sindir.

Senario 3 : Kita bukan main lemah lembut dengan kawan-kawan. Kira rajin belanja kawan-kawan makan-makan bila dapat gaji. Tapi kalau dengan anak isteri dan adik beradik sendiri. Kitalah yang paling tegas. Kitalah yang paling kedekut. Sikit-sikit nak tengking. Sikit-sikit nak marah. Hal kecilpun boleh membawa kepada pertengkaran! Tapi kalau dengan kawan-kawan kita tak macam tu pun? Tapi paling lembut dan pemurah.
Senario 4 : Kita memang kerap membantu rakan-rakan kita dalam apa jua perkara. Selagi kita mampu kita akan membantu. Tapi, satu hari kita diuji oleh Allah dengan satu insiden yang memerlukan bantuan kawan-kawan. Namun bila sahaja no telefon rakan-rakan di dail. Ada yang tidak dapat dihubungi. Ada pulak yang memberikan pelbagai alasan. Akhirnya, pusing kiri, pusing kanan, tiada seorang rakanpun yang datang membantu.


Senario 5 : Kita memberikan beberapa dokumen penting kepada rakan kita. Macam selalu, dia memang tidak pernah mengucapkan terimakasih. Pandai memujuk, merayu ketika memerlukan, bila sudah memperolehi apa yang dikehendaki....dia akan berlalu dengan puashati. Namun, satu hari kita lihat hasil kerja kita itu diterjemahkan dalam bentuk program/pengoperasian. Tapi tak ada nama kita sebagai penyedia dokumen tersebut. Kita baca setiap baris ayatnya, memang inilah hasil kerja kita yang kawan kita kata nak dijadikan rujukan. Sudahnya, itulah kesudahannya, kita yang buat kerja, orang lain yang dapat nama.

Senario 6 : Kita teringin benar untuk mendapat sejambangan bunga atau sekeping kad daripada orang-orang yang kita kasihi....tapi tak pernah pun kita memperolehinya!
Begitulah diantara senario yang mungkin pernah kita lalui atau hadapi. Bagaikan tiada bunga-bungan dan wangian dalam perhubungan. Samada perhubungan suami isteri, keluarga, rakan-rakan, persatuan, perniagaan. Dimana jua samada di pejabat, di rumah, di pusat membeli belah, di sekolah atau dimana-mana jua.
Amat sukar untuk kita menyatakan terimakasih. Amat janggal untuk kita mengucapkan kalimah maaf. Amat berharga untuk kita mengucapkan tahniah untuk orang-orang yang kita kasihi. Kita memang jarang menaburkan bunga-bungaan dalam perhubungan.
Samada perhubungan secara formal atau tidak formal, sebagai insan kita sewajarnya sentiasa cuba menyuburkan hubungan baik yang kita ada. Memang mudah untuk membina ukhuwwah, tapi mengekal dan menyuburkannya adalah sesuatu yang payah. Tapi, kalau ikatan ukhuwwah itu terlerai lebih parah untuk mengikatnya semula.
Kita maklum sikap ikhlas penting. Tapi jangan menyalahgunakan kepentingan ikhlas dengan mengambil mudah ucapan terimakasih atau menghargai orang lain. Kita maklum sikap tidak mengharapkan balasan adalah yang terpuji. Namun, janganlah menyalahgunakan kemuliaan sifat ini dengan sentiasa mengambil kesempatan.
Hubungan baik yang diredhai oleh Allah mestilah sentiasa diindahkan dengan bunga-bungaan kasih sayang, penghargaan, ambil berat, bersangka baik, menghargai walaupun dengan sepatah ucapan terimakasih, saling memaafkan, saling membahagiakan walaupun dengan sebuah senyuman! Saling mengingatkan, memberikan tazkeerah tanpa diminta, melakukan muhasabah demi pembaikan berterusan. Begitulah, secara ringkasnya, begitu banyak perbuatan yang mudah dan murah bagi menaburkan bunga-bungaan dalam perhubungan. Jauh lebih berkesan dan murah daripada jambangan bunga itu sendiri!

Officeku Syurgaku

Assalamualaikum wbt...

Anda bekerja? Miliki perusahaan sendiri? Bekerja di Pejabat atau memiliki pejabat sendiri. Atau ringkasnya adakah anda seorang pekerja yang menghabiskan masa 8-12 jam di pejabat.

Secara sedar atau tidak untuk sesetengah kita, pejabat menjadi rumah kedua! Kita menghabis separuh atau kadangkala lebih dari separuh masa kita sehari di pejabat!

Persoalannya kita cukup bahagia dan gembirakah bila berada di Pejabat? Atau mungkinkah pejabat hanya menjadi tempat kita mencari wang atau sumber pendapatan, tidak lebih atau kurang dari tujuan itu?
Andai sebahagian daripada kita amat mengharapkan rumah yang menyenangkan bak syurga tidakkah kita mengharapkan pejabat atau office kita sedamai dan seindah berada di syurga. Satu perumpamaan tentang suasana yang menyenangkan di dunia ini. Sudah tentu sifat syurga Allah yang sebenarnya terlalu indah dan tidak tergambar oleh akal manusia yang amat terbatas!


Kita sebenarnya memang boleh menjadikan "office" kita bak "syurga"! Antaranya resepinya ialah :
1. Amalkan 5S di Pejabat kita agar kita sentiasa ceria dan bahagia bila berada di pejabat. Pejabat yang bersih dan kemas akan melahirkan suasana kerja yang mendamaikan. Makan minumlah di tempat khas. Sampah diuruskan dengan baik supaya tidak meninggalkan bau-bauan yang kurang menyenangkan!
2. Saling hormat menghormati antara satu sama lain. Berada dalam satu organisasi umpama berada dalam sebuah keluarga yang besar. Setiap ahli keluarga pastilah mempunyai sifat yang berlainan. Kelebihan dan kelemahan yang berbeza-beza. Perbezaan inilah yang menjadikan kita saling lengkap melengkapi. Jadi, bila berada di "office" pandai-pandailah kita hormat menghormati!
3. Tolong menolong. Inipun penting sangat. Di "office", sikap tolong menolong ni mestilah dijadikan kebiasaan. Janganlah kita "berkira" keringat dan malas bila menyentuh bab bantu membantu ini. Ada sesetengah kita, suka ditolong tapi tak suka menolong! Sepatutnya saling tolong menolong tanpa diminta atau disuruh.

4. Mengamalkan nilai-nilai bersama secara bersungguh-sungguh. Setiap "office" sepatutnya memiliki dan mengamalkan nilai-nilai bersama. Contohnya kami di Geoinfo memiliki nilai bersama iaitu kasih sayang, sabar dan tabah, pertanggungjawaban, cemerlang. Dengan mengamalkan nilai bersama kita akan lebih menghayati kebersamaan dan semangat berpasukan.
5. Berakhlak dan beretika. Setiap pejabat memiliki "internal customer" dan "external customer" (pelanggan dalaman dan pelanggan luaran). Demi keharmonian "office" pastikan kita sentiasa menjaga akhlak dan etika apabila berurusan dengan pelanggan. Tidak kira pelanggan dalaman atau luaran, hak kedua-duanya mesti dijaga.
6. Solat berjamaah. Solat berjamaah juga merupakan satu pendekatan yang sangat baik dan mulia untuk mengukuhkan ukhuwwah sesama ahli di "office". Biasanya semasa di "office" kita mampu membina dua peluang untuk solat secara berjamaah iaitu solat zohor dan Asar.
Nantikan perencah seterusnya!
Roha Hassan @ Anjang

Thursday, February 5, 2009

Karya Kreatif Acu

Salam Sejahtera...

Kali ni, nampaknya Acu pulak nak tunjukkan bakat melukis!

Sebenarnya Acu sedang menuntut dalam bidang "Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak". Lukisan Acu ni semuanya adalah tugasan Acu. Macam-macam lukisan dan kraftangan yang Acu kena siapkan. Berikut ialah beberapa lukisan Acu menggunakan konsep yang berbeza-beza.








"Waaa.....cantiknya lukisan Acu" Kata Danial. "Tapi Danial pun boleh lukis macam ni. Nanti Danial lukis lagi cantik!" Kata Danial lagi dengan yakinnye! Anjang dan Acu ketawa melihat karenah Danial.


~ Roha Hassan @ Anjang ~

Jom Melukis Bersama

Assalamualaikum wbt...
Ini adalah secebis kisah seorang kanak-kanak berusia 4 tahun, 11 bulan, 27 hari. Muhammad Danial Sufi atau panggilan manjanya Danial atau Sufi, memang mempunyai minat yang bermacam-macam.
Kadang-kadang dia akan menghabiskan banyak masa mengambil foto menggunakan kamera digital anjang. Kadang-kadang dia akan menghabiskan masa beberapa jam bermain komputer. Dia suka main games dan ber "ym" cara dia.

Beberapa hari ni, Danial asyik melukis jer. Jom kita tengok aksi Danial ketika melukis.

Hai Danial sibuknyer melukis sampai tak sempat pakai baju. Dah la tu, melukis sampai meniarap. Kenapa la tak melukis kat atas meja Danial yang ada gambar fish tu?

Apa la agaknya yang Danial lukis tu? Sebenarnya anjang dulu-dulu pun suka melukis. Bukan anjang aje, alang, anyah, mak tam, andak, che Bun, Acu....semua pandai melukis tau! Tokwan pun pandai! Agaknya Danial nak ikut jejak kami yer? he he he


Tapi anjang lukis untuk main-main je. Anjang pernah dapat "A" tau untuk matapelajaran lukisan masa kat sekolah menengah.
Alamak! Danial dah kepupusan idea nampak! Termenung je tu. Agaknya sedang mencari ilham...apa la agaknya yang ingin dilukis.

Takpe Danial, lukis je apa yang Danial rasa nak lukis. Anjang akan sokong! Asalkan Danial seronok. Teruskan usaha Danial!

Tara! Dah siap lukisan Danial rupanya. "Gambar apa ni Danial? Tanya anjang "Gambar dog! Jawab. "Hah! Dog! Banyak-banyak binatang, gambar dog jugak yang hang suka lukis! Sampuk Acu. "OK la tu...cantik ni. Pandai Danial...." Puji anjang.

"Yang ni gambar apa pulak ni Danial? Tanya anjang. "Gambar Danial main kat Taman permainan..."...Jawab Danial selamba..."ooooo.....macam tu" jawab anjang. "Nanti anjang ambil gambar dan simpan untuk kenangan Danial ya." Anjang terus mengambil kamera untuk merakamkan foto lukisan Danial.
~Roha Hassan~