Dipetik dari Buku, Aku Ori Bukan Fotokopi
Pada hari Valentine atau Valentine day, lafaz kasih sayang diucapkan dan diperbaharui. Amat malang jika sambutan ini turut diraikan oleh pasangan Islam yang belum diijabkabulkan. Persoalannya, adakah perasaan cinta, kasih dan sayang yang dilafazkan pada hari itu benar-benar ikhlas, dan yang paling penting menepati tuntutan syariah?
Sayang-menyayangi adalah fitrah semua insan. Perlu diingat bahawa silaturrahim dalam Islam adalah diutamakan. Penerapan nilai kasih sayang dalam Islam adalah menyeluruh, tidak hanya sesama insan, malah seluruh isi alam. Mungkin kepada ibu yang mempertaruhkan nyawa melahir dan bersengkang mata saban malam menjaga anak yang kesakitan. Atau kepada ayah yang saban hari mencari rezeki hingga sanggup meredah lautan bergelora mencari sesuap nasi buat keluarga di rumah. Tidak salah jika kita ingin menyata dan membuktikan kasih sayang kepada seseorang yang disayangi. Tetapi ia mestilah menepati batas yang diajar oleh Islam. Dalam sejarah, kita pernah diceritakan mengenai seorang musafir yang dijanjikan syurga hanya kerana sifat kasihannya terhadap seekor anjing kehausan. Beralaskan kasutnya, dia menceduk sedikit air dan memberikannya kepada anjing itu.Alangkah tingginya nilai kasih sayang yang tersemai di jiwanya. Kasih sayang bukan boleh diukur seperti berapa bintang hotel yang dijejaki atau berapa kuntuman mawar merah yang diberi, tetapi ia adalah ukuran di antara perasaan yang ikhlas dan jiwa yang murni.
Daripada sumber yang lain pula, diceritakan bahawa ketika di dalam penjara Valentine jatuh cinta dengan seorang anak pegawai penjara. Kesalahan ini menyebabkan beliau boleh dibunuh, tetapi sebelum dibunuh Raja Claudius II memberi dua pilihan; meninggalkan agama Kristian atau dibunuh. Namun beliau lebih rela dibunuh, tetapi sebelum itu beliau sempat menulis surat cinta kepada gadis itu dengan menurunkan tandatangan “From Your Valentine.”
1 comment:
Salam Kenal. Terimakasih kerana sudi membaca catatan saya dan memberikan komen. Saya sudah singgah ke blog anda. Bagus! Tahniah.
Post a Comment