Assalamualaikum wbt...Anda bekerja? Miliki perusahaan sendiri? Bekerja di Pejabat atau memiliki pejabat sendiri. Atau ringkasnya adakah anda seorang pekerja yang menghabiskan masa 8-12 jam di pejabat.Secara sedar atau tidak untuk sesetengah kita, pejabat menjadi rumah kedua! Kita menghabis separuh atau kadangkala lebih dari separuh masa kita sehari di pejabat!Persoalannya kita cukup bahagia dan gembirakah bila berada di Pejabat? Atau mungkinkah pejabat hanya menjadi tempat kita mencari wang atau sumber pendapatan, tidak lebih atau kurang dari tujuan itu?Andai sebahagian daripada kita amat mengharapkan rumah yang menyenangkan bak syurga tidakkah kita mengharapkan pejabat atau office kita sedamai dan seindah berada di syurga. Satu perumpamaan tentang suasana yang menyenangkan di dunia ini. Sudah tentu sifat syurga Allah yang sebenarnya terlalu indah dan tidak tergambar oleh akal manusia yang amat terbatas!
Kita sebenarnya memang boleh menjadikan "office" kita bak "syurga"! Antaranya resepinya ialah :
1. Amalkan 5S di Pejabat kita agar kita sentiasa ceria dan bahagia bila berada di pejabat. Pejabat yang bersih dan kemas akan melahirkan suasana kerja yang mendamaikan. Makan minumlah di tempat khas. Sampah diuruskan dengan baik supaya tidak meninggalkan bau-bauan yang kurang menyenangkan!
2. Saling hormat menghormati antara satu sama lain. Berada dalam satu organisasi umpama berada dalam sebuah keluarga yang besar. Setiap ahli keluarga pastilah mempunyai sifat yang berlainan. Kelebihan dan kelemahan yang berbeza-beza. Perbezaan inilah yang menjadikan kita saling lengkap melengkapi. Jadi, bila berada di "office" pandai-pandailah kita hormat menghormati!
3. Tolong menolong. Inipun penting sangat. Di "office", sikap tolong menolong ni mestilah dijadikan kebiasaan. Janganlah kita "berkira" keringat dan malas bila menyentuh bab bantu membantu ini. Ada sesetengah kita, suka ditolong tapi tak suka menolong! Sepatutnya saling tolong menolong tanpa diminta atau disuruh.
4. Mengamalkan nilai-nilai bersama secara bersungguh-sungguh. Setiap "office" sepatutnya memiliki dan mengamalkan nilai-nilai bersama. Contohnya kami di Geoinfo memiliki nilai bersama iaitu kasih sayang, sabar dan tabah, pertanggungjawaban, cemerlang. Dengan mengamalkan nilai bersama kita akan lebih menghayati kebersamaan dan semangat berpasukan.
5. Berakhlak dan beretika. Setiap pejabat memiliki "internal customer" dan "external customer" (pelanggan dalaman dan pelanggan luaran). Demi keharmonian "office" pastikan kita sentiasa menjaga akhlak dan etika apabila berurusan dengan pelanggan. Tidak kira pelanggan dalaman atau luaran, hak kedua-duanya mesti dijaga.
6. Solat berjamaah. Solat berjamaah juga merupakan satu pendekatan yang sangat baik dan mulia untuk mengukuhkan ukhuwwah sesama ahli di "office". Biasanya semasa di "office" kita mampu membina dua peluang untuk solat secara berjamaah iaitu solat zohor dan Asar.
Nantikan perencah seterusnya!
Roha Hassan @ Anjang
1 comment:
Assalamu'laykum Kak Roha,
Bila Kak Roha sebut pasal solat berjemaah ni, tiba-tiba saya terkenang selama 3 tahun saya bagaimana saya menunaikan solat di pejabat/research lab kat tempat saya di US ni.
Dah banyak jenis tempat dah saya bersolat - dari tangga, stor, atap, hallway, conference room, bilik rehat. Haha. Asal jumpa tempat bersih dan kosong.
Bila terkenang di Malaysia, senangnya la nak solat berjemaah. Siap ada surau lagi di office tu. Silap-silap office tepi Masjid. Itu yang sedap tu. Confirm solat jemaah memang tak lepas la!
Aih, ni yang saya rasa tak sabar nak kerja di Malaysia ni. Nak-nak company yang Islamic environment dia kuat (contohnya company Kak Roha). Camana Kak Roha, layak tak saya ni nak apply kerja kat company GPS yang Kak Roha cakap semasa di Houston hari tu? Hehehe.
Amar Razali,
Nashville, TN
Post a Comment