Houston (1)
Houston (2)
Jzkk
Palm Jumeira Yang Indah - Dari Kondo 2204
Ketika catatan ini dilakukan, R & R (Roha dan Kak Ros) sudah berada di bumi Houston, Texas. Dua hari tiada capaian internet. AlhamdulilLah, hari ini sambungan catatan ini boleh dilakukan semula.
3. Kondominium 2204
Kami menumpang di rumah Helmi, anak sedara Kak Mas. Penghuni rumah ini terdiri daripada 11 orang rakyat Malaysia yang bekerja di Dubai termasuk Lau yang berbangsa Cina. Sewa Kondo ini ialah RM16,000 sebulan. Umur mereka yang tinggal di sini ialah antara 20-30 tahun. Kebanyakannya masih muda belia dan hanya seorang yang berumahtangga iaitu Lau. Abang Long dan Kak Long adalah ibubapa kepada Helmi.
Akibat krisis ekonomi global yang kita sendiri sudah mengetahuinya, hampir separuh dari elaun mereka telah dikurangkan! Adik-adik ini amat merindui masakan Malaysia. Maka kami pun bergotong royong memasak untuk mereka. Bagi kami, mereka juga madu' yang mesti disantuni.
Salah satu teguran pertama ialah bab solat berjamaah! Pagi ini mereka bersolat secara berjamaah sedangkan sudah lama mereka solat secara berasingan. Ini hasil kerja Kak Liya..:-)Roha Hassan - Kondo 2204, Bahar 5, Dubai Marina
Perkara paling penting yang kita boleh pelajari dari alam ialah; betapa besar dan tingginya gunung ganang, betapa luas dan dalamnya lautan, betapa panas dan indahnya bintang-bintang, betapa hebatnya angin dan taufan....semuanya tunduk kepada perintah Allah swt semata-mata. Tiada yang pernah derhaka dan engkar pada perintah Tuhan.
Hanya kita manusia yang kebiasaanya tidak mengambil iktibar dan pengajaran dari alam ciptaan Tuhan.
~Roha Hassan~
Aku suka alam, kerana ia membuat aku berlari, berenang dan terbang
Aku tetap sukakan alam....walaupun kadangkala ia garang
kerana kerasukan manusia tamak lagi petualang, membuat alam menjadi berang.
Jangan salahkah alam kalau ia tiba-tiba hilang pertimbangan.
Alam hanya tunduk pada Tuhan walaupun kita kadangkala tewas pada nafsu.
Salah satu perkara yang amat perlu kita lakukan di dalam bulan Ramadhan ialah, membuka lembaran baru yang bersih. Kepada Allah, dengan taubatan nasuha. Kepada Rasulullah saw, dengan melanjutkan risalah dakwahnya dan menjalankan sunnah-sunnahnya.
Kepada orang tua, isteri, anak, dan karib kerabat, dengan mempererat hubungan silaturrahim. Kepada masyarakat, dengan menjadi orang yang paling bermanfaat bagi mereka. Sebab, manusia yang paling baik adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain.
Bagi mengukuhkan ukhuwwah sesama ahli dan keluarga, di samping berpeluang menyantuni anak-anak yatim dan ibu tunggal, satu majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan telah diadakan dengan perincian berikut :
Tarikh : 20 September 2008 / 20 Ramadhan 1429H (Sabtu)
Tempat : Zara Kafe & Restoran A-G-7 (Ground Floor), Jalan 2/4C, Desa Melawati, 53100 Kuala Lumpur
Seramai 60 orang kakitangan dan keluarga menghadiri program ini bersama 40 orang anak-anak yatim dan ibu tunggal.
Antara objektif program ialah, mengeratkan silaturrahim di kalangan ahli GSSB, menghayati, meraikan dan memeriahkan bulan Ramadhan dengan amalan yang berfaedah serta menyantuni golongan yang kesempitan dan memerlukan seperti anak-anak yatim dan ibu tunggal.
Selaian majlis berbuka puasa bersama, cenderahati dan sumbangan turut diberikan kepada anak-anak yatim dan ibu tunggal.
Roha Hassan
Pengurus Pentadbiran dan Kualiti
Geoinfo Services Sdn. Bhd.
Dilahirkan di Bagan Serai Perak dan mendapat pendidikan di ITM Arau Perlis. Merupakan aktivis Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM). Kini memegang jawatan sebagai Jawatankuasa Wanita JIM peringkat Pusat. Sebelum ini merupakan Setiausaha Kehormat Wanita Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)
Antara jawatan yang pernah disandang sepanjang masa bersama dengan JIM ialah Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Remaja, pengarah Kelab Remaja JIM negeri Pulau Pinang, Penolong Setiausaha Kerhormat dan Jawatankuasa Remaja Wanita JIM Pusat.
Berpengalaman sebagai aktivis remaja lebih daripada 10 tahun dan banyak terlibat dalam menyediakan pelbagai kertas kerja dan modul seperti Jom LEPAK, Modul Prihatin Remaja, Modul Remaja Alaf Baru (RAB), Leadership Camp dan lain-lain.
Beliau juga kerap memberikan motivasi kepada remaja dan pelajar sekolah. Selain dari itu sering menulis artikel dan memberikan pandangan tentang remaja dan golongan muda.
Disamping itu beliau ialah penulis buku ”Aku Ori Bukan Fotokopi” yang dihasilkan bersama dengan sebuah CD yang mengandungi 6 lagu-lagu hadis dan 4 buah tazkirah.
Buku lain ialah buku yang ditulis bersama dengan rakannya, Rosnah Ahmad bertajuk, “Sentuhan Papa Belaian Mama” juga disamping dua buah buku yang paling terbaru beliau “Dunia Tanpa Suami – Jilid 1 & 2”. Kesemua buku-buku ini sudah berada di pasaran menanti anda membeli dan membacanya.