Wednesday, October 22, 2008
Karakter Mu, Karakter Ku
Monday, October 20, 2008
ACA - Aku Suka Alam
Aku Suka AlamAlam buat aku tenang,
kerana ia penuh dengan kasih sayang,
hamba Tuhan yang penuh kepatuhan
Aku suka alam,kerana ia penuh rahsia dan cerita,
penuh kisah suka dan duka,
penuh warna warni,
melakar harapan dan impian.
Aku suka alam, kerana ia membuat aku berlari, berenang dan terbang
Aku tetap sukakan alam....walaupun kadangkala ia garang
kerana kerasukan manusia tamak lagi petualang, membuat alam menjadi berang.
Jangan salahkah alam kalau ia tiba-tiba hilang pertimbangan.
Alam hanya tunduk pada Tuhan walaupun kita kadangkala tewas pada nafsu.
Thursday, October 9, 2008
kualiti insan bernama disiplin

Kuala Lumpur


Tuesday, October 7, 2008
Anda Bijak Jauhi Zina - Part 1
Anda Bijak Jauhi Zina!
Nuraliyah, Selangor
Jawapan
1. Mereka dibuang dari IPT atau digantung pengajian. Bayangkan perasaan malu yang menimpa serta masa depan yang gelap! Mereka juga terpaksa bekerja dengan kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia saja.
Monday, September 22, 2008
Santunilah Anak- anak Yatim Dan Ibu Tunggal

Nabi saw. bersabda: “Bila Ramadhan tiba, pintu-pintu surga dibuka, dan pintu-pintu neraka ditutup, sementara syaitan-syaitan diikat.” (HR. Bukhari-Muslim).
“Siapa yang berpuasa Ramadhan dengan kesedaran iman dan penuh harapan mengharapkan ridha Allah, akan diampuni semua dosa-dosa yang lalu.” (HR. Bukhari-Muslim).
“Orang yang berpuasa doanya tidak ditolak, terutama menjelang berbuka.” (HR. Ibn Majah, sanad hadits ini sahih).

Menyantuni Anak Yatim Dan Ibu Tunggal Adalah Amalan Mulia


Salah satu perkara yang amat perlu kita lakukan di dalam bulan Ramadhan ialah, membuka lembaran baru yang bersih. Kepada Allah, dengan taubatan nasuha. Kepada Rasulullah saw, dengan melanjutkan risalah dakwahnya dan menjalankan sunnah-sunnahnya. 
Kepada orang tua, isteri, anak, dan karib kerabat, dengan mempererat hubungan silaturrahim. Kepada masyarakat, dengan menjadi orang yang paling bermanfaat bagi mereka. Sebab, manusia yang paling baik adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain.
Bagi mengukuhkan ukhuwwah sesama ahli dan keluarga, di samping berpeluang menyantuni anak-anak yatim dan ibu tunggal, satu majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan telah diadakan dengan perincian berikut :
Tarikh : 20 September 2008 / 20 Ramadhan 1429H (Sabtu)
Tempat : Zara Kafe & Restoran A-G-7 (Ground Floor), Jalan 2/4C, Desa Melawati, 53100 Kuala Lumpur
Seramai 60 orang kakitangan dan keluarga menghadiri program ini bersama 40 orang anak-anak yatim dan ibu tunggal.
Antara objektif program ialah, mengeratkan silaturrahim di kalangan ahli GSSB, menghayati, meraikan dan memeriahkan bulan Ramadhan dengan amalan yang berfaedah serta menyantuni golongan yang kesempitan dan memerlukan seperti anak-anak yatim dan ibu tunggal.
Selaian majlis berbuka puasa bersama, cenderahati dan sumbangan turut diberikan kepada anak-anak yatim dan ibu tunggal.
Roha Hassan
Pengurus Pentadbiran dan Kualiti
Geoinfo Services Sdn. Bhd.
Saturday, September 20, 2008
Al Qadr

Most Merciful.
We revelaed it in the Night of Destiny,
How awesome is the Night of Destiny!
The Night of Destiny is better than a thousand months.
The angels and the spirit descend therein,
by their Lord's leave,
to carry out every command.
Peaceful it is until the advent of the dawn.

Friday, September 19, 2008
Usahlah malu dengan kekurangan diri
Baru-baru ini ketika berada di sebuah pusat membeli belah, tiba-tiba mata saya tertumpu kepada seorang gadis remaja cacat yang lalu di hadapan saya. Walaupun cacat, wajahnya nampak tenang sekali. Saya memandangnya hingga dia agak jauh dari saya. Dari jauh kami bertukar-tukar senyuman. Wajahnya cukup manis dan ayu ketika melemparkan senyuman kepada saya.Ketika itu hati saya berbisik, “betapa tenangnya gadis istimewa ini, berjalan penuh keyakinan seakan-akan tidak peduli pada kecacatan ketara yang ada pada dirinya”. Ketika itu saya berasa kagum dan bersyukur kepada allah kerana allah mengurniakan kesempurnaan fizikal kepada saya. Padahal ada ramai lagi insan yang kurang bernasib baik dari saya. Ketika itu pandangan saya sudah dialihkan ke arah dua orang lelaki yang sedang tekun menjahit kasut-kasut yang rosak di kaki lima. Agaknya berapalah pendapatan mereka setiap hari. Bagaimana mereka begitu tabah tanpa rasa malu walaupun tempat mencari rezeki sekadar kaki lima. Bukankah semua ini memerlukan ketabahan dan kesabaran yang amat tinggi?

Itulah antara liku-liku kehidupan insan. Ada yang kaya tetapi tidak pernah bahagia. Ada yang miskin namun sentiasa ceria. Ada yang cantik jelita, tetapi akhlaknya punah ranah. Ada yang cacat fizikal namun baik pekertinya. Ada yang bijak, tetapi tidak amanah. Ada yang kurang cerdik tetapi boleh dipercayai. Ada yang memiliki segala-galanya tapi hatinya lemah. Ada yang serba kekurangan tetapi berjiwa besar.
Saya empati pada elly yang harus melalui ujian seumpama ini. Namun kagum dengan keinginan yang dimiliki. Pada dasarnya setiap masalah boleh diselesaikan. Namun setiap penyelesaian mesti bermula dengan usaha.
Berikut ialah antara usaha yang boleh dilakukan;
Bersyukurlah – satu kalimah yang mudah tapi amat sukar untuk dilaksanakan. Namun itulah didikan yang diberikan tuhan kepada setiap hambanya. Bermula sejak waktu pagi ketika bangun dari tidur, kita dianjurkan berdoa tanda kesyukuran kerana masing dipanjangkan usia. Bayangkan andai kita baring di malam hari, lantas tidak bangun esok paginya. Padahal amal ibadah belum cukup. Sedangkan kita belum sempat bertaubat. Tentulah kita amat beruntung diberikan masa lagi untuk bertaubat dan beramal. Seterusnya kita juga dianjurkan agar berdoa ketika hendak makan kerana di hadapan kita ada rezeki yang allah kurniakan. Bayangkan jutaan penduduk dunia lain yang sedang kebuluran.
Untuk kes elly, bersyukurlah kerana masih punya keluarga. Walaupun miskin dan cacat. Masih ramai manusia di seluruh dunia ini yang tidak pernah melihat ibubapa sejak dilahirkan. Terlalu ramai pula yang sudah kematian ibu dan bapa.
Berfikiran positif – setiap perkara bermula dari minda kita. Fikiran yang positif akan menghasilkan aura dan tindakan yang positif. Ambillah sekeping kertas, senaraikan semua perkara positif yang ada pada diri kita. Kemudian senaraikan hal-hal positif yang ingin kita lakukan. Disamping itu senaraikan pula perkara-perkara positif yang ada pada keluarga kita. Setelah disenaraikan, mula bertindak secara positif seperti yang dirancang. Kita boleh bermula dengan sedikit tetapi berterusan. Kelak kita akan dikuasai oleh sikap dan nilai-nilai yang positif.
Melihat orang lain yang lebih susah dan kurang berbanding kita – perkara ini ada kaitan dengan sifat syukur tadi. Salah satu cara allah mendidik kita ialah dengan melihat segala kejadian yang berlaku disekeliling kita. Lihatlah manusia dan alam di sekitar kita. Kalau kita berasa sedih kerana keluarga kita miskin, kita masih jauh beruntung kerana dalam kemiskinan mereka mampu menyekolahkan kita. Kalau kita malu mempunyai seorang adik yang cacat, kita masih beruntung sebab punya adik manakala kita sendiri tidak cacat fizikal. Kalau kita malu dan sedih untuk berhadapan dengan orang lain atas kekurangan kita, saksikanlah keadaan rakyat palestine yang menderita di bumi sendiri. Hidup dalam peperangan dan kesakitan. Tapi mereka sangat tabah dan hebat jiwanya.
Fokus pada kelebihan – belajarlah untuk fokus pada kelebihan yang ada pada diri dan keluarga. Allah maha adil, setiap kita memiliki kekuatan dan kelemahan masing-masing. Fokuslah pada kekuatan atau kelebihan yang allah kurniakan pada setiap kejadiannya. Tumpuan yang lebih kepada kelebihan dan kekuatan bukan beerti kita harus menjadi insan yang bongkak dan sombong. Fokus ada kelebihan mampu membina keyakinan diri yang tinggi. Dengan keyakinan diri yang tinggi kita mampu melihat dunia dari sudut yang lebih besar.
Tingkatkan usaha untuk mengubah nasib diri dan keluarga – jadikanlah kemiskinan dan kekurangan sebagai sumber inspirasi untuk ke mercu kejayaan tingkatkan usaha untuk membuktikan kita mampu walaupun serba kekurangan.. Berazamlah untuk mengubah nasib diri dan keluarga. Bayangkan betapa beruntungnya kita dan keluarga jika kita menjadi agen perubah. Bayangkan dengan usaha kita, kelak kita dan keluarga tidak miskin lagi. Allah tidak akan mengubah nasib kita jika kita tidak berusaha sedaya upaya. Setelah berusaha bertawakkallah.
Mudah-mudahan panduan yang sedikit ini mampu membuatkan anda merasa lebih yakin dalam menghadapi hari-hari mendatang.
Nurdinie sufi

