Sunday, January 18, 2009

Minat Muhammad Danial Sufi

Assalamualaikum wbt...


Nama saya Danial. Umur saya 5 tahun. Saya suka mengambil foto menggunakan kamera anjang saya. Saya mula menjadi jurugambar tidak bertauliah ini sejak berumur 3 tahun. Orang yang memberikan galakan ialah anjang saya.



Danial - Lasak Macam Kanak-Kanak Lain. Foto ni Anjang yang abadikan!
Berikut adalah antara foto-foto yang Danial ambil...he he

1. Ini Foto bunga telur masa Pak cik Bon Kahwin - Danial yang ambil foto ni.


2. Ini foto anjang - Danial ambil masa kenduri Cik Bon

3. Ini foto, Acu, Mama Danial dan Dinie - Adik Danial - Masa jamuan raya

4. Ini foto bunga hiasan meja yang Danial ambil

5. Lion atas Laptop Anjang




6. Hasil kraftangan Mak Su

Memupuk minat anak-anak @ kanak-kanak ialah dengan menggalakkan apa yang mereka sukai. Danial ni sejak kecil lagi suka dengan kamera. AlhamdulilLah setakat ini sudah banyak foto yang diambilnya. Dan sepanjang waktu itu, kamera anjang tetap dijaga dengan baik.
Moga Danial menjadi jurugambar yang hebat di masa depan!
~Anjang~

Tuesday, January 13, 2009

Song For Gaza - We Will Not Go Down

WE WILL NOT GO DOWN (Song for Gaza)
(Composed by Michael Heart)
Copyright 2009

A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they're dead or alive
They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight
Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who's wrong or right


But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze


We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight


Monday, January 12, 2009

Sungguh Kematian Satu Peringatan


Assalamualaikum wbt...

Sahabat dan teman-teman yang dikasihi,

Maaf andai penulisan ini kelak nanti bisa menyinggung perasaanmu. Bahkan aku tidak pernah berniat menukilkan sesuatu yang melukakan perasaan sesiapa.

Nawaitu tulisan ini tidak lain dan bukan khusus untuk diriku sendiri dan orang-orang yang dikasihi lagi disayangi.

Akhir-akhir ini aku sering dikunjungi berita sedih kematian orang-orang yang dihormati serta insan-insan yang dikasihi. Walaupun bukan saudara terdekat, namun mereka sahabat seperjuangan yang dekat dengan hatiku. Kematian mereka tidak pernah ku sangka. Pemergian mereka tidak pernah ku jangka. Ia buat aku berfikir dan merenung diri berkali-kali.

Sungguh kematian adalah satu peringatan! Peringatan buat diriku sendiri sesesungguhnya! Tidak mungkin aku mampu lari darinya. Hutan mana, langit mana, bumi mana, insan mana, makhluk mana yang boleh lari dari maut!

Tidak mungkin aku dapat bersembunyi darinya. Tidak mungkin aku tahu bila saat dan ketika ajalku akan tiba. Mustahil untuk aku mengetahui tempat dan cara kematianku. Tidak dapat aku bayangkan betapa sakitnya kelak bila malaikat maut mencabut nyawaku. Ketika itu, hanya Allah yang tahu untung nasib ku.

Firman Allah swt dalam surah al-Jumu’ah ayat 8 bermaksud, ”Katakan bahawasanya maut yang kamu sekalian ingin lari darinya itu pasti akan menemui kamu, kemudian kamu sekalian akan dikembalikan kepada Zat yang Maha Mengetahui segala yang ghaib serta yang nyata, kelak Dia akan memberitahu kamu segala yang apa telah kamu lakukan.”


Oh Tuhanku...matikan aku dalam iman.
Oh Tuhanku...matikan aku bersama teman bernama amal
Oh Tuhanku...kurniakan aku syahid kerana aku kepingin bersenang lenang di syurgaMu
Oh Tuhanku...matikan aku ketika aku dalam ketaatan yang tiada tolok bandingan terhadapMu
Oh Tuhanku...matikan aku ketika cintaku pada akhirat melebihi segalanya
Oh Tuhanku...matikan aku ketika aku lebur dalam kerinduan padaMu

Tuhanku, aku tahu...aku penuh dosa dan noda.
Tuhanku, aku sedar..imanku masih sedikit dan tipis.
Tuhanku, aku maklum...amalku amat kurang

Hanya rahmatMu yang aku harapkan
Mohon dengan penuh rendah diri
Mohon dengan penuh pengharapan


Matikanlah aku dalam iman
Matikanlah aku dalam kerahmatan Mu
Matikanlah aku dalam ketaatan pada Mu

Masukkanlah aku kelak ke dalam syurga Mu
Izinkan aku kelak menatap wajah Mu

Amin...


Roha Hassan
120109

Sunday, January 11, 2009

Anak Lelaki Sebagai Pelindung

ANAK LELAKI SEBAGAI PELINDUNG
(Dipetik dari Buku : Sentuhan Papa Belaian Mama - Rosnah & Roha)

“Allah berfirman di dalam surah an Nisa’ ayat 34: Yang bermaksud: Kaum lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (kaum lelaki) atas sebahagian yang lain (kaum wanita) dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka”
Anak lelaki harus dididik dari kecil bahawa mereka mempunyai tanggungjawab yang besar di muka bumi Allah ini. Salah satu darinya adalah menjadi pelindung kepada kaum wanita.

Bagi memupuk sikap ini, anak saya Muhammad sejak berumur 4 tahun telah dididik untuk mengambil alih tugas abahnya bagi memastikan bahawa semua pagar, pintu dan tingkap ditutup sebelum masuk tidur apabila abah tiada di rumah.

Saya terlebih dahulu menceritakan bahawa kaum lelaki adalah pelindung bagi kaum wanita kerana kekuatan fizikal yang Allah anugerahkan kepada mereka. Saya juga memberitahu bahawa Muhammad adalah lelaki paling besar bila abah tiada di rumah. Jadi dia mesti memastikan keselamatan ibu dan kakaknya.

Pada peringkat awal saya banyak membantu kerana keadaan fizikalnya yang masih kecil. Alhamdullillah, Muhammad lama-kelamaan sangat seronok dan ingin melakukan sendiri walaupun terpaksa memanjat menggunakan kerusi untuk menutup tingkap dan lampu.

Saya dapat merasakan tugasan ini telah sedikit sebanyak berjaya meningkatkan keyakinan diri Muhammad. Jadi setiap kali bila abah tiada di rumah, dia pun sangat sibuk memastikan semuanya selamat. Gelagatnya sangat menghiburkan tetapi kadang-kadang dia agak “ bossy” dan suka memerintah.
Sikap kelelakian yang akan berkekalan hingga dewasa

Sikap dan nilai yang ditanamkan dalam diri Muhammad ini akan terus berkekalan bila beliau meningkat remaja sekiranya ia terus dipupuk dari masa ke semasa.

Sikap pelindung ini akan membantu mereka lebih bertanggungjawab terhadap adik-beradik dan kawan-kawan perempuan mereka.

Mengimbau suasana ketika saya remaja, saya teringat bagaimana kawan-kawan lelaki saya melindungi saya. Mereka bukan sahaja menjaga keselamatan, malahan maruah dan akhlak saya.

Saya gariskan di sini kenapa sikap anak lelaki sebagai pelindung ini mesti diterapkan dalam diri anak-anak lelaki kita sejak mereka di peringkat kanak-kanak lagi.


1. Sikap pelindung adalah ciri-ciri ”jantan” dalam diri manusia - Sudah menjadi lumrah alam, haiwan jantan akan melindungi haiwan betina dalam dunia haiwan. Dalam dunia manusia perkara ini juga merupakan satu fitrah. Suami adalah pelindung kepada isteri.

Anak lelaki yang disemai dengan sikap ini akan membesar menjadi seorang remaja seterusnya lelaki yang akan berada di hadapan membela wanita, tidak kira keluarga, rakan atau ahli masyarakat yang lain.

2. Yang kuat pelindung bagi yang lemah – Secara fitrah, lelaki dijadikan lebih kuat fizikalnya dari wanita. Perkara ini mesti ditanamkan dalam jiwa anak-anak sejak awal lagi. Kelak mereka akan memahami bahawa kekuatan yang Allah kurniakan kepada mereka adalah untuk mereka menjadi pelindung kepada golongan perempuan yang dijadikan lebih lemah fizikalnya.

3. Sikap yang dicintai Allah dan Rasul - Rasulullah SAW adalah pelindung utama kepada para wanita. Sifat ini adalah sifat terpuji di sisi Allah dan RasulNya.

Allah berfirman di dalam surah an Nisa’ ayat 34: Yang bermaksud: Kaum lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (kaum lelaki) atas sebahagian yang lain (kaum wanita) dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka.

4. Menjauhi sikap mengambil kesempatan pada Wanita – Kebelakangan ini sering terjadi kisah-kisah remaja perempuan yang dinodai oleh rakan sendiri. Ada yang dikatakan menjadi mangsa ”kenduri” rakan-rakan atau teman –teman lelaki sendiri. Amat malang sekali apabila kawan-kawan yang diharapkan sebagai pelindung menjadi pemusnah segala-galanya.

5. Meningkatkan perasaan tanggungjawab – Tanggungjawab sebagai pelindung adalah satu amanah. Amanah yang dipupuk sejak kecil akan sebati dengan jiwa anak-anak. Akan lebih mudah untuk mereka praktik sejak mereka kecil hinggalah dewasa.

Kelak akan lahirlah abang yang bertanggungjawab terhadap adik beradik perempuannya. Juga suami yang bertanggungjawab terhadap isteri.

6. Menyuburkan kasih sayang – Melindungi adalah sifat penyayang. Anak-anak yang memiliki sifat pelindung kaya dengan kasih sayang. Mereka akan prihatin kepada orang lain.

7. Memantapkan keprihatinan - Andai dari kecil, remaja hingga dewasa sifat ini sudah subur di jiwa. Sudah tentulah kes penderaan oleh para suami akan berkurang. Mungkin tiada lagi lelaki yang akan sepak terajang isteri dan ibu sekiranya mereka memahami dan mengamalkan tanggung jawab lelaki sebagai pelindung.



Buku : Sentuhan Papa Belaian Mama
Rosnah Ahmad & Roha Hassan

Catatan Perjalanan Dakwah (8) - Terimakasih Sahabat!

Assalamualaikum wbt...

Meneruskan perkongsian catatan perjalanan dakwah ini walaupun ia tidak dapat dihabiskan dengan segera. Aku ingin meneruskan perkongsian ini, kerana perkongsian seterusnya ini amat penting dan bermakna. Ia sebagai tanda penghargaan dan terimakasih kepada sahabat-sahabat seperjuangan yang sangat penting. Setiap satunya memainkan peranan masing-masing! Terimakasih sabahat! Apa jua sumbangan kalian dalam apa jua bentuk samada kata-kata, material atau bantuan lain hatta sekuntum senyuman adalah sesuatu yang amat penting untukku!
22. Terimakasih sahabat...

Antara pesanan Luqmanul Hakim kepada anakndanya berkaitan dengan teman ialah,
”Puteraku, janganlah kamu meninggalkan temanmu yang pertama. Sekiranya itu kamu lakukan maka temanmu yang kedua tidak tenang berteman denganmu. Puteraku, carilah seribu teman, kerana seribu teman itu terasa sedikit. Janganlah kamu mencari seorang musuh sahaja, kerana seorang musuh itu sudah terasa banyak.”

Manakala Abu Sulaiman Ad-Darani pula berpesan : Jangan sekali-kali engkau bersahabat melainkan dengan salah seorang dari dua orang berikut:

(1) Orang yang engkau merasa senang dengannya dalam menguruskan hal ehwal dunia
(2) Orang yang engkau dapat menambah faedah dan manfaat dalam hal ehwal keakhiratanmu
Disertakan beberapa foto sahabat dan anak-anak sahabat yang sempat kami temui di Houston.








Untuk jutaan kali, izinkan aku mengucapkan Terimakasih sahabat! Sesungguhnya pertemuan kita membawa seribu rahmat! Tidak kira samada kita baru pertama kali bersua atau bertahun tidak berjumpa atau sering bersama-sama. Kalian sudah masuk dalam senarai teman dan sahabat dalam diari kehidupanku!
Roha Hassan

Saturday, January 3, 2009

Catatan Perjalanan (6) - Jalan-Jalan Cari Makan, Jalan-Jalan Cari Kawan

Assalamualaikum wbt...
Catatan ini ditulis sehari sebelum Muktamar IMSA-MISG

15. Jalan-Jalan Cari Makan
Di Houston, makanan halal bukan satu masalah. Terdapat banyak restoren halal di Sekitar. Cuma jalan-jalan cari makan hari tersebut agak berputar-putar kerana hari tersebut adalah hari Krismas. Tapi semua itu berbaloi bila dapat makanan yang sedap di Restoren "Darband Shish Kabob". Apa lagi makan makanan Arab la. Kami ditemani oleh Amar Razali dan Alia. Adik-adik ni memang prihatin sangat dengan makan-minum kami. Bimbang sangat kalau makcik-makcik ni kelaparan. Terimakasih A & A (Amar dan Alia). Kalian memang anak-anak yang baik.


16. Jalan-jalan Cari Kawan
AlhamdulilLah, semasa mula-mula dijemput ke Muktamar, kami ada diberikan nama seorang ikhwah, akhi Zabidi. Ketika sampai di Houston, kami mendapat jemputan makan tengahari di rumah akhi Zabidi.
Untuk ke rumah Zabidi, Nazirah menjadi pemandu. Habis diredahnya lampu merah sebab tak perasan. He he he...Nazirah ni memang cute lah. Dia lah yang banyak menguruskan urusan kami sebelum dan ketika muktamar.
Sepanjang perjalanan ke rumah akhi Zabidi, kami sangat bergantung dengan GPS. he he he..kata Nazirah, semua kawan-kawannya pun macam tu. Takde GPS memang tak tau jalan. Al-maklum kita bukan di negara sendiri. Rupanya salah satu produk tempat saya bekerja iaitu GPS amat penting di saat-saat ini. Serta merta rasa rindu pada pejabatku, Geoinfo Services.

17. Junior Kak Ros Di KIK
Rupa-rupanya akhi Zabidi ni adalah junior Kak Ros masa kat Kolej Islam. Wah memang seronok dapat berjumpa dengan akhi Zabidi, isteri dan anak-anak. Kehadiran kami disambut dengan baik.
Selepas beberapa hari tidak menjamah makanan Malaysia, dapatlah kami makan kari daging dan sambal di rumah akhi Zabidi. Pedas! Tapi sedap. Jzkk Akhi Zabidi dan keluarga. Terima kasih daun keladi, ada peluang kami singgah makan lagi!

Dalam perjalan pulang ke hotel, hati ini berbisik...esok muktamar akan bermula

Roha Hassan
Houston Texas,
25 December 2008

Catatan Perjalanan Dakwah 7 - Muktamar MISG-IMSA

Catatan Perjalanan Dakwah – Muktamar MISG-IMSA

Assalamualaikum wbt…
18. Bermulanya Muktamar
Pada 26 December, mulai jam 07.00 pagi, 26 December 2008, Muktamar IMSA-MISG bermula. Majlis perasmian diisi dengan ucapan oleh Ketua Muktamar, Presiden IMSA-Bapak Dodi Heryandi, Presiden MISG-Saudara Firdaus, Wakil Kedutaan Indonesia-Bapak Kriya Fahmi serta perasmian oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, YB. Datuk Ir. Hj. Idris bin Hj Haron.
Roha dan Kak Ros berada di barisan no dua di hadapan. Memang berkesempatan melihat gaya, aksi serta mendengar setiap kata-kata yang diucapkan oleh mereka. Cuma, tiada ucapan daripada wakil wanita. Kalau dalam JIM sekurang-kurangya Ketua Wanita akan diberikan kesempatan memberikan sepatah dua kata. Apa-apapun, tiada pertikaian di sini. Sekadar membanding dua senario di tempat yang berbeza. Tiada yang salah pada perbezaan, melainkan ia memberikan impak yang berbeza.

19. Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, YB. Datuk Ir. Hj. Idris bin Hj Haron.
Wah! Bersemangat sekali Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, YB. Datuk Ir. Hj. Idris bin Hj Haron! Cara dan gaya ucapannya mengingatkan Roha kepada beberapa ahli politik Malaysia. Dengan beberapa potong hadis di petik serta beberapa pesanan diberikan akhirnya kami mengerti. Beliau dulu adalah aktivis MISG. Ada antara kami yang sempat berselorah dengan adik-adik MISG, "Tengok tu bekas aktivis MISG sekarang ni dah jadi Timbalan Menteri, korang yang pegang jawatan Presiden dan lain-lain ni, jangan lupa tau. Balik Malaysia nanti kena la berusaha sampai jadi Menteri"...gurauan ini disambut dengan gelak ketawa adik-adik MISG.



20. Tema Muktamar
Tema Muktamar kali ini ialah "Adapting Changes To Be Best Position Ourselves And Community". Antara Topik-topik pengisian hari pertama di dalam muktamar ini ialah :
a. Reasseing The Muslims Condition In America - Economy, Political, History
b. Preserving The Islamic Identity In The West Treats & Solutions yang diadakan selari dengan pengisian oleh R & R
c. Unleash your Potential Beyorn The Norm
d. Bermulanya Disini - Roha dan Kak Ros


21. Kelakarnya - Berjumpa Bekas Pensyarah Masa Kat ITM
Kelakar rasanya bila ditakdirkan bertemu bekas pensyarah Roha di ITM dulu, yang turut berada dalam muktamar yang sama. Bukan apa, ada kenangan tersendiri yang berlaku semasa ITM dulu.
Teringat la beberapa perbezaan pandangan yang berlaku dulu..he he he. Namun secara adabnya samada pensyarah yang paling kita suka atau pensyarah yang kita kurang suka. Kedua-duanya tetap pensyarah kita. Guru mesti dihormati! Maka kesempatan yang datang untuk bertemu dengan seorang guru tidak akan dilepaskan. "Assalamualaikum Dr Azly, saya Roha Hassan, bekas student Dr masa kat ITM dulu...bla..bla..bla"..."Ye, Roha Hassan...I remember you...." Alamak! Dia masih ingat aku rupanya...habislah. Dari jauh saya ingin mengucapkan tahniah pada bekas pensyarah yang dulu saya panggil Encik Azly, kini sudah bergelar Dr Azly!

Selepas ini, situasi bertambah menyeronokkan bila bertemu insan-insan serta menatap wajah mereka yang dikenali...
Roha Hassan
Houston, Tx
26 December 2008