Tuesday, March 18, 2008

Jambangan Mawar Buat Teman


















Ketika singgah di sebuah perhentian R & R untuk kembali ke kampong. Aku ditakdirkan bertemu sahabat tercinta. Amat-amat dikasihi. Melihat pada wajahnya yang kurus dan tubuhnya yang lemah. Ada rasa empati dan bersalah dalam diriku.

Kami bersalam-salaman dan sempat bertukar beberapa khabar. Seketika kemudian masing-masing melangkah ke destinasi masing-masing. Dari kejauhan ku intai gerak langkah sahabat yang dulunya begitu akrab dengan ku. Diiringi anak dan suami, wanita itu melangkah berlalu tanpa sedar ada seorang aku sedang memerhatikan dirinya dari jauh.

Peristiwa itu buat aku jadi rindu pada teman-temanku yang. Aku memang bertuah punya teman dan sahabat yang ramai. Bila aku bayangkan bandingan diriku dengan mereka. Seolah-olah aku ini berada di satu lembah yang subur. Dikeliling ku adalah teman dan sahabat yang bagaikan bunga-bunga yang mekar dan harum. Bunga-bunga yang indah dan harum ini miliki pelbagai "warna" dan nama. K Rose, Norzira, Anfaal, K Harlina, Nazirah, K Asmah, K Mas, K Faridah, K Marhamah, Fairuz, K Roselainy, Maryam, K Endok, Azlina, K Norhayati, K Mardiana, K Fauziah, K Latifah, Murni, K Suriya, K Hafidzah, K Nani, K umi, Sila, Shea, Jannah, K Pah, K Ogy, K June, K Wan, Kak Ana, Suraya, Nisa, Reena, Kak Wani, Jud, Eee, Najah, Lin, Kak Fida'.....dan ramai lagi. Ada yang teramat dekat, ada yang sederhana rapat, ada yang jauh tapi ingat, ada yang sentiasa ada dalam hati, ada sentiasa timbul dalam ingatan.

Terlalu ramai hingga aku tidak berdaya menulis nama-nama mereka. Moga-moga, ada yang tidak terkilan kerna tidak dituliskan nama mereka diatas coretan ini. Aku bukan terlupa. Malahan sering kutitipkan mereka semua dalam doa.

Kata syaidina Umar r.a. , "Carilah sahabat yang jujur. Dengan demikian anda terpelihara daripada bahaya dan dialah tempat kembali ketika datang bencana"

Kata seorang hamba Allah, "Persahabatan adalah tanaman yang perlu dipupuk"

Kerana aku insan yang serba kekurangan. Aku kadangkala tidak sempat bertanya khabar tentangmu sahabat. Apatah lagi sering ketemu dan berkongsi cerita. Namun, harapanku, kalian tidak berkecil hati dengan kelemahan dan kealpaan ku ini.

Mohon terimalah Jambangan Mawar ini buat kalian, teman dan sahabatku. Kunamakan jambangan ini sebagai, jambangan "Mawar Ukhuwah", Ada kutitipkan ingatan dan doa pada kelopak-kelopaknya. Terimalah seikhlasnya.

Nukilan seorang teman,
Nurdinie Sufi
19 Mac 2008

No comments: