Friday, February 8, 2008

TIPS KECANTIKAN UNTUK REMAJA

DOWNLOAD KEEMPAT:



Kecantikan’ adalah sesuatu yang diinginkan oleh semua insan. Kecantikan mempunyai pelbagai tafsiran yang bergantung kepada individu. Helen Gurley Brown, dalam bukunya bertajuk Action For Success’ mengungkapkan kecantikan sebagai “Beauty can’t amuse you, but brainwork - reading, writing, thinking - can”.

Bagi seorang gadis remaja, kecantikan ialah ‘tubuh langsing, kulit putih gebu dan senyuman menawan’ manakala remaja lelaki pula melihat kecantikan dalam bentuk ‘tubuh gagah dan sasa’.


Dalam mengungkapkan sifat Allah terhadap kecantikan dan keindahan, Rasulullah bersabda yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah itu Maha Indah dan menyukai keindahan.” (Riwayat Muslim dan Tirmidzi)


Apa pun pandangan kita, kecantikan tetap memiliki tempat dan kepentingan tersendiri, lebih-lebih lagi untuk remaja. Berikut beberapa panduan kecantikan yang perlu dimiliki oleh remaja jika ingin menjadi ‘insan cantik’:


1. Bercita-cita tinggi dan mempunyai wawasan


Pada usia muda, seseorang remaja harus memiliki wawasan hidup. Anda mesti tahu arah dan matlamat yang ingin dicapai.


2. Tahu membezakan di antara yang baik dan buruk


Firman Allah bermaksud:

“Dan sesungguhnya di antara kami ada orang yang taat dan ada pula orang yang menyeleweng daripada kebenaran. Barangsiapa yang taat maka mereka itu benar-benar sudah memilih jalan yang lurus, ada pun orang yang menyimpang daripada kebenaran, maka mereka menjadi kayu api bagi neraka jahannam.” (Surah Al-Jin : 14-15)


3. Sayangkan diri, keluarga dan masyarakat


Seseorang remaja mesti sayangkan diri sendiri, sayangkan ibu bapa serta mengasihi setiap ahli keluarga. Mereka berusaha mengukuhkan hubungan kekeluargaan, menyayangi jiran dan ahli masyarakat. Mereka tidak derhaka terhadap ibu bapa dan keluarga atau menyakiti jiran dan masyarakat.


Sabda Rasulullah, maksudnya: “Tidaklah sempurna iman salah seorang di antara kalian sehingga dia menyintai saudaranya sebagaimana dia menyintai dirinya sendiri.”


4. Berilmu pengetahuan dan bermaklumat


Seseorang remaja mesti mendapatkan sebanyak mungkin ilmu secara formal atau tidak formal. Ilmu akademik penting untuk masa depan kehidupan. Ilmu kerohanian untuk mencantikkan jiwa dan dalaman manakala ilmu pengurusan bagi mengurus diri.


5. Menjaga kesihatan fizikal, jiwa dan minda


Kesihatan fizikal mesti dipelihara dengan memberikan hak yang sepatutnya kepada tubuh. Lakukan aktiviti yang menyihatkan badan. Makanlah makanan seimbang dan berkhasiat. Elakkan daripada mengambil sesuatu yang boleh merosakkan kesihatan dan minda seperti rokok, arak dan dadah.


Tubuh adalah amanah Allah. Untuk menyihatkan jiwa, amalkanlah zikrullah dan tingkatkan ibadat yang ditetapkan sebagai hamba Allah. Fizikal, jiwa dan minda yang sihat akan menyerlahkan kecantikan seseorang remaja.


Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Abbas yang berkata, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Dua nikmat yang sering tidak diperhatikan oleh kebanyakan manusia, iaitu kesihatan dan waktu lapang.”


6. Menghormati diri dan orang lain


Hormatilah diri anda. Seseorang remaja mesti tahu menghormati diri dengan menjauhi tingkah-laku yang boleh menyebabkan pihak lain hilang rasa hormat kepadanya. Jauhi kegiatan dan perbuatan yang boleh menjatuhkan maruah diri. Hormatilah guru yang mendidik anda, rakan dalam pergaulan, warga emas, orang yang lebih tua dan mereka yang kurang bernasib baik, tanpa mengira bangsa dan agama.

Abdullah Ibnu Umar meriwayatkan bahawa seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah: “Islam bagaimanakah yang paling baik?” Nabi menjawab: “Kamu memberi makan, dan mengucapkan salam kepada orang yang kamu kenal atau yang tidak kamu kenal.”


7. Berlaku adil


Keadilan adalah salah satu ‘kecantikan’ yang mesti diamalkan oleh remaja. Ia merangkumi kehidupan harian. Seseorang remaja harus berlaku adil dalam pergaulan dan semasa membuat pertimbangan. Remaja yang adil dapat membezakan di antara yang baik dan buruk dengan jelas. Mereka dapat menunaikan hak diri dan makhluk lain dengan tepat.


8. Menjauhi maksiat


Remaja cantik mesti menjauhkan diri daripada maksiat. Mereka takut kepada firman Allah, yang bermaksud:

“Sudah nampak kerosakan di darat dan laut disebabkan perbuatan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian daripada (akibat) perbuatan mereka agar mereka kembali (ke jalan yang benar).” (Surah Ar-Ruum : 41)

9. Faham hak dan tanggungjawab sebagai rakyat


Sebagai remaja cantik, anda mestilah tahu keadaan semasa tanahair. Remaja mesti mengetahui sejarah kemerdekaan tanahairnya. Anda mestilah mensyukuri nikmat kemerdekaan dan tahu hak sebagai rakyat.


10. Mesra alam


Alam semesta ciptaan Allah bukan sahaja didiami oleh manusia tetapi juga haiwan dan –tumbuh-tumbuhan. Seseorang remaja yang menunaikan hak dengan memelihara alam dan menyayangi haiwan adalah remaja yang berakhlak mulia. Amalan ini akan diberikan ganjaran yang setimpal oleh Allah.


11. Prihatin dengan masalah sejagat


Remaja yang cantik akhlaknya berusaha mempelajari apa yang berlaku di luar negara untuk dijadikan iktibar. Sebagai remaja, kita mesti menunjukkan keprihatinan dengan pergolakan yang sedang menimpa umat Islam di seluruh dunia.

2 comments:

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. said...

salam kak roha..kina nak mintak copy tips nie untuk dikongsikan bersama boleh?

nti bg kat blog kina yew.

Anonymous said...

Adakah isteri / suami anda selalu bekerja di luar pejabat atau kerja lapangan yang menggelapkan kulit? Adakah anak anda aktif dalam sukan dan kerap berjemur di bawah terik matahari? Adakah anda masih ingin kekal Cerah?

Call / Sms: +6016 2715447
Email: 772shine[@]gmail[.]com
Google up: Shine FS