Friday, February 8, 2008

Wanita Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia

Jawatankuasa Wanita Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia telah diwujudkan secara rasmi pada 28 Ogos 1993 memandangkan separuh daripada ahli JIM adalah dikalangan wanita.

Visi Wanita JIM ialah ”Menjadi Pemimpin Wanita Yang Fundamental, Kontemporari Dan Profesional Berasaskan Islam”

Misi Wanita JIM ialah ”Mendokong misi JIM Pusat melalui sistem tarbiah dan pembangunan sumber manusia yang mantap, ilmu dan kemahiran yang berpandukan asas yang sahih dan organisasi yang tersusun”.

Antara Objektif Wanita JIM ialah :

  1. Memimpin pandangan umum khususnya dalam isu-isu berkenaan wanita dan islam
  2. Menampilkan imej wanita muslim kontemporari yang positif, progresif dan moden
  3. menyebarkan kefahaman yang benar tentang islam dikalangan muslim dan bukan muslim
  4. Menanamkan nilai islam yang benar dikalangan golongan muda muslim
  5. Mewujudkan jaringan perkongsian misi dakwah

Antara bidang-bidang fokus oleh Wanita JIM ialah :

1. Pembangunan dan pendidikan wanita melalui pelbagai program seperti Seminar Isu-Isu Wanita (SMIWI), menyampaikan ceramah melalui jemputan daripada pelbagai pihak termasuk melalui media elektronik termasuk radio dan televisyen.

2. Latihan dan pembangunan ahli wanita melalui unit tabiyyah dan pembangunan sumber manusia. Antara program-program ialah usrah, ELIT, sunrise program dan lain-lain lagi.

3. Bimbingan dan pembangunan generasi masa depan iaitu remaja dan belia melalui Pusat perlindungan dan Bimbingan,Raudhatus Sakinah, Pusat Sokongan Wanita Dan Keluarga Islah (PAKSI-JIM) dan unit Remaja. Pebagai program dianjurkan secara bekerjasama dengan pelbagai pihak untuk mencapai tujuan ini.

4.Menyantuni wanita dan keluarga melalui PAKSI-JIM yang antara lain menfokuskan bidang-bidang berikut, antaranya, khidmat nasihat dan kaunseling, klinik undang-undang wanita dan keluarga (dilakukan secara temujanji), sokongan kepada bekas pesakit barah serta menyantuni wanita dipenjara.

5. Pendidikan melalui TADIKA dan TASKA serta rangkaian sekolah-sekolah JIM yang terdapat diseluroh Negara.

6. Perhubungan Antarabangsa serta perhubungan dan kerjasama erat dengan mana-mana individu dan organisasi wanita yang memiliki halatuju dn peranan yang membawa kebaikan kepada wanita.

7. Penulisan dan penerbitan yang berterusan didalam menyampaikan input dan pandangan JIM terhadap sesuatu isu secara berterusan

8. Terlibat dengan semua rancangan dan aktiviti yang diatur oleh Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia secara keseluruhannya.

Secara umumnya semua aktiviti kami boleh dikategorikan sebagai aktiviti tarbiah, pembangunan sumber manusia, pendidikan umum, kepimpinan pandangan umum, kekeluargaan, Raudhatus Sakinah, remaja dan PAKSI-JIM.

Wanita JIM terdapat diperingat Pusat, 14 buah Negeri dan 30 buah daerah di seluroh Malaysia.

1 comment:

PUSAT RAWATAN IMANTHERAPY said...

Adakah anda mempunyai masalah penyakit akibat sihir?gangguan jin atau saka?penyakit misteri?masalah kesuburan?jodoh?penyakit moden yang perlu dirawatan secara tradisional? InsyaAllah kami sedia membantu. Kaedah Al-Quran, zikir dan doa serta alirah gelombang.Penyakit akan dikesan dalam masa 5 minit dengan izin Allah. Pengalaman selama lebih 11 tahun.Layari www.pusatrawatanimantherapy.blogspot.com